Terdapat 1145 berita berdasarkan kata kunci carian " negeri"

Johor Capital Group, Syarikat Dari Hong Kong Jalin Kerjasama Bagi Pacu Infrastruktur Digital

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Johor Capital Group (JCG) hari ini memeterai dua memorandum persefahaman (MoU) dengan HGC Global Communications Ltd (HGC) dan Legan Group (Legan) yang berpangkalan di Hong Kong.

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Teliti Keperluan Dasar Atau Larangan Melombong Bitcoin Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Jawatankuasa Menangani Isu Penggunaan Elektrik Secara Curang Untuk Aktiviti Perlombongan Bitcoin akan membincangkan keperluan mewujudkan dasar khas aktiviti melombong bitcoin atau mengharamkannya dalam mesyuarat pertama, 25 November ini.

Nestcon, Wawasan Dengkil Usaha Sama Bangunkan Loji Solar Skala Besar 70MW

KUALA LUMPUR,  19 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Nestcon Bhd, Nestcon Infra Sdn Bhd (NISB) memeterai perjanjian pemegang saham dengan Wawasan Dengkil Sdn Bhd (WDSB) dan WDSolar Sdn Bhd (JV Co) untuk pelaburan bersama dalam syarikat usaha sama (JV Co) dan membangunkan loji fotovolta (PV) solar berskala besar 70 megawatt (MW) di Kedah.

PDT, SD Guthrie, Ecoworld Bangunkan Eco Business Park 8 Di Kulai, Johor

JOHOR BAHRU, 19 Nov (Bernama) -- Permodalan Darul Ta’zim Sdn Bhd (PDT), SD Guthrie Land Ventures Sdn Bhd (SDGLV) dan Eco World Development Group Bhd (EcoWorld) telah membentuk perkongsian kerjasama strategik untuk membangunkan taman perindustrian bersepadu utama di Kulai, Johor. 

Minggu Pulau Pinang Di Osaka Jana Potensi Pelaburan RM426 Juta

GEORGE TOWN, 19 Nov (Bernama) — Penganjuran Minggu Pulau Pinang di Pavilion Malaysia sempena Ekspo Dunia Osaka 2025 dijangka menjana potensi pelaburan berjumlah RM426 juta kepada negeri ini.

Ringgit Tinggi Cerminkan Asas Ekonomi Kukuh, Keyakinan Pelabur Meningkat

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Pengukuhan ringgit berbanding dolar AS baru-baru ini mencerminkan asas ekonomi Malaysia yang kukuh dan keyakinan pelabur yang meningkat terhadap negara ini, kata profesor ekonomi di Sunway University Dr Yeah Kim Leng.

Malaysia Perketat Libat Urus REE, Mahu Rantaian Nilai Penuh Dibangunkan Dalam Negara - Johari

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Pembangunan industri nadir bumi (REE) akan melalui proses libat urus yang ketat di peringkat kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi memastikan rantaian nilainya dibangunkan di dalam negara.

Banci Ekonomi 2026 Sasar 1.2 Juta Pertubuhan Di Malaysia -- DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kira-kira 1.2 juta pertubuhan di seluruh Malaysia bakal terlibat dalam Banci Ekonomi 2026 (BE2026), kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Risiko Hutang Negara Kekal Terkawal, Disokong Profil Tempoh Matang, Mata Wang Baik - MOF

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Risiko hutang luar negara secara keseluruhan kekal terkawal, disokong oleh profil tempoh matang dan profil mata wang yang baik, kata Kementerian Kewangan (MOF).

PMW International Sedia Percepatkan Pengembangan Di Sarawak Selepas Penyenaraian

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- PMW International Bhd bersedia mempercepatkan rancangan pengembangannya di Sarawak berikutan penyenaraiannya di Pasaran ACE, didorong oleh keyakinan kumpulan itu untuk memperkukuh keupayaan pembuatan dan infrastrukturnya.

Disiplin Fiskal, Pengurusan Ekonomi Negara Teratur Dorong Ringgit Jadi Mata Wang Terbaik Asia - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Disiplin fiskal dan pengurusan ekonomi negara yang teratur mendorong ringgit mencatatkan prestasi terbaik di seluruh Asia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Johor Catat Pelaburan Komited Tertinggi RM91.1 Bilion Sehingga Suku Ketiga 2025 - Exco

ISKANDAR PUTERI, 18 Nov (Bernama) -- Johor terus mencatatkan jumlah pelaburan komited tertinggi sebanyak RM91.1 bilion sehingga suku ketiga 2025, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri Lee Ting Han.