Terdapat 700 berita berdasarkan kata kunci carian " nota"

Niaga Hadapan MSM Dijangka Meningkat Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka meningkat minggu depan, disokong oleh program biodiesel B50 Indonesia, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Bayaran Khidmat Hutang Kerajaan Persekutuan Dijangka Meningkat 16.3 Peratus Daripada Hasil - MOF

Oleh Anas Abu Hassan & K Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bayaran khidmat hutang (DCS) kerajaan Persekutuan dianggarkan meningkat 7.6 peratus kepada RM54.3 bilion atau 16.3 peratus daripada hasil pada tahun ini berbanding peningkatan 9.0 peratus kepada RM50.5 bilion atau 15.6 peratus daripada hasil pada 2024.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Menjelang Pembentangan Belanjawan 2026

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan ditutup lebih rendah pada tengah hari ini seiring dengan prestasi lemah di keseluruhan pasaran serantau, apabila pelabur kekal tidak memasuki pasaran menjelang pengumuman Belanjawan 2026 petang ini.

MARC Ratings Kekalkan Penarafan AA-IS Orkim Dengan Semakan Semula Prospek

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- MARC Ratings mengekalkan penarafan AA-IS untuk program nota jangka sederhana Islam (IMTN) Orkim Bhd sehingga RM1 bilion dan menyemak semula prospek penarafan daripada stabil kepada positif.

Dana Asing Kembali Menjadi Pembeli Bersih Pada September, Mengakhiri Aliran Keluar Tiga Bulan - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih ekuiti Malaysia pada September 2025, mengakhiri jualan berturut-turut selama tiga bulan dengan RM100 juta dalam aliran masuk berbanding aliran keluar sebanyak RM3.4 bilion yang dicatatkan pada Ogos 2025.

KNM Terima Notis Tuntutan Cadangan Pelupusan Anak Syarikat Jerman

KUALA LUMPUR, 7 Okt  (Bernama) -- KNM Group Bhd telah menerima notis tuntutan bertulis untuk mempertimbangkan cadangan pelupusan melibatkan anak syarikat Jermannya, Deutsche KNM GmbH (DKNM).

RHB IB Jangka Maklumat Terkini MRT3 Menerusi Belanjawan 2026

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menjangkakan maklumat lanjut mengenai projek Aliran Transit Massa (MRT) Laluan Lingkaran atau dikenali sebagai MRT3 akan diumumkan menerusi pembentangan Belanjawan 2026 pada Jumaat ini, susulan kelulusan skim terakhir keretapi itu Julai lepas.

Bursa Malaysia Rendah Semasa Akhir Sesi Dagangan Pagi

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah pada Selasa, susulan aktiviti pengambilan untung di kaunter berwajaran tinggi terpilih, didahului sektor penjagaan kesihatan dan pembinaan, sekali gus mempengaruhi sentimen pasaran, kata penganalisis.

REIT Akan Raih Manfaat Daripada Fasa Pertumbuhan Berbilang Tahun Johor

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Johor memasuki fasa pertumbuhan berbilang tahun didorong oleh integrasi infrastruktur, kepelbagaian industri dan perbelanjaan pengguna rentas sempadan yang berdaya tahan, kata Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).

UOB Malaysia Tetapkan Harga Sukuk Musharakah Sri Hijau ASEAN Pada RM455 Juta Untuk ECRB

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- UOB Malaysia berjaya menetapkan harga nota jangka sederhana Islam bernilai RM455 juta di bawah Tranche 7 Program Sukuk Musharakah RM2 bilion EXSIM Capital Resources Bhd (ECRB), yang distrukturkan sebagai Sukuk Musharakah SRI Hijau ASEAN.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Didorong Pengukuhan Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi sedikit, menjejaki pengukuhan pasaran serantau dengan pembelian berterusan pada saham wajaran tinggi terpilih yang menyokong sentimen pasaran.

Belanjawan 2026 Perkukuh Komitmen Kerajaan Tingkat Fiskal Ekonomi Negara - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 3 Oct (Bernama) -- Belanjawan 2026 akan mengukuhkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan ruang fiskal, kata MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) hari ini.