10bulan ago
Oleh Kenny Teng Khoon Hock
BANGKOK, 17 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Thailand, Paetongtarn Shinawatra mengesahkan komitmen masing-masing untuk menangani isu tarif Amerika Syarikat (AS) secara kolektif di peringkat ASEAN.
10bulan ago
PUTRAJAYA, 17 April (Bernama) -- Malaysia dan China bersetuju untuk mempromosikan dan membangunkan ekonomi digital kedua-dua negara di samping memperkukuh kerjasama dalam teknologi kecerdasan buatan (AI).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Hibiscus Petroleum Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Simpor Hibiscus Sdn Bhd, menandatangani perjanjian pembiayaan sindiket Islam jangka masa panjang US$100 juta (RM439 juta) dengan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dan Baiduri Bank.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi akan dikenang bukan sahaja sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima tetapi juga sebagai pemimpin berwawasan yang memperjuangkan pendekatan pembangunan ekonomi lebih inklusif dan seimbang, kata ahli ekonomi.
10bulan ago
PUTRAJAYA, 14 April (Bernama) -- Malaysia, sebagai antara kuasa besar dalam pasaran komoditi global dengan minyak sawit, getah, kayu, koko dan lada memacu ekonominya, menumpukan usaha melancarkan perdagangan untuk memupuk kepercayaan rakan dagang sekali gus mengukuhkan perdagangan dan pembangunan pasaran.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Kepimpinan dan pandangan jauh Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi pemangkin penting dalam meletakkan asas bagi inisiatif koridor ekonomi Malaysia, yang telah meninggalkan kesan berkekalan dalam landskap ekonomi negara, kata Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).
10bulan ago
Oleh Noor Baizura Basri and Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) – Tun Abdullah Ahmad Badawi, lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah, seorang yang berperwatakan lembut tetapi berjiwa besar dan sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk Malaysia dan rakyatnya secara saksama.
10bulan ago
BUTTERWORTH, 12 April (Bernama) -- Pulau Pinang terus giat mempelbagaikan dan mengembangkan pasaran eksport negeri bagi memastikan kemampanan rantaian ekonomi dalam negeri serta negara.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Pembangunan Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) di Perak dijangka menarik pelaburan sebanyak RM72 bilion dan mewujudkan lebih 50,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 25 tahun akan datang, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
10bulan ago
KOTA KINABALU, 10 April (Bernama) -- Sabah mencatatkan jumlah pelaburan keseluruhan sebanyak RM6.5 bilion dengan 38.7 peratus daripadanya disumbangkan oleh sektor pembuatan pada tahun lepas, kata Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Malaysia dan rantau Asia Pasifik yang luas berpotensi besar untuk muncul sebagai peneraju global dalam revolusi tenaga bersih, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Pembinaan projek jambatan kedua yang menghubungkan Rantau Panjang, Kelantan, dan Sungai Golok, Narathiwat merupakan langkah penting ke arah memperkukuh ketersambungan serantau dan integrasi ekonomi dalam ASEAN.