Terdapat 814 berita berdasarkan kata kunci carian " shariah"

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri peningkatan tiga hari untuk ditutup rendah pada Rabu apabila tekanan jualan muncul dalam kaunter wajaran tinggi terpilih, terutamanya dalam sektor perkhidmatan kewangan dan telekomunikasi.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan terutamanya dalam saham perladangan dan penjagaan kesihatan.

Bursa Malaysia Teruskan Momentum Kenaikan Untuk Ditutup Tinggi

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum kenaikannya untuk hari kedua berturut-turut, didorong oleh pengukuhan ringgit, optimisme baharu dalam beberapa sektor terpilih dan jangkaan yang semakin meningkat penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS) akan diselesaikan tidak lama lagi.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi, didorong oleh limpahan positif ke atas pasaran tempatan susulan peningkatan semalaman Wall Street ketika anggota Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) bertindak bagi mengakhiri penutupan operasi kerajaan negara maju itu.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Data Ekonomi Positif Dorong Keyakinan Pelabur

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh data ekonomi domestik dan global yang semakin positif sekali gus mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap prospek pertumbuhan jangka pendek Malaysia.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari ini dengan sokongan belian yang kukuh di kaunter saham wajaran tinggi.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Sokongan Belian

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan minggu ini dengan dibuka tinggi didorong oleh sokongan belian terhadap saham wajaran tinggi terpilih dan pengukuhan ringgit berterusan dijangka menarik aliran masuk dana ke pasaran tempatan walaupun prestasi Wall Street bercampur-campur.

Bursa Malaysia Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan Menjelang Data IHP China, KDNK Suku Ketiga Malaysia Diumumkan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan berikutan pelabur mengambil pendekatan berwaspada tetapi membina dalam menghadapi perkembangan peringkat domestik dan luaran.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Jumaat, menjejaki penurunan semalaman di Wall Street dalam persekitaran prestasi bercampur-campur dalam pasaran serantau.

Bursa Malaysia Ditutup Paras Terendah Intra Hari Susulan Jualan Saat Akhir

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah intra hari sebelum mencatatkan kenaikan pada awal dagangan Khamis, terkesan oleh jualan saat akhir dan aktiviti pengambilan untung walaupun prestasi memberangsangkan di pasaran serantau.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Sesi Dagangan Awal, Seiring Peningkatan Wall Street

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi pagi ini seiring dengan peningkatan di Wall Street semalaman.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Jejaki Pasaran Serantau

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu, mencerminkan kebanyakan pasaran serantau susulan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih terus melemahkan sentimen pasaran.