2bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dan AmInvest hari ini melancarkan dana dagangan bursa (ETF) FTSE4Good Bursa Malaysia yang pertama dan satu-satunya di negara ini yang memenuhi kriteria pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka dengan prestasi bercampur-campur pada hari ini, di tengah-tengah kerugian dialami pasaran tunai serta pasaran serantau.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Portfolio Sukuk jangka pendek tertunggak Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) mencapai paras rekod baharu sebanyak US$6.2 bilion (US$1=RM4.20).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Malaysia sebagai pengerusi ASEAN 2025 akan terus memperkukuh perdagangan intra-ASEAN dengan menggalakkan penggunaan sistem pembayaran Kod Respons Pantas (QR) dan pindahan tunai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Persatuan Pengurusan Kredit Malaysia (ACMM) menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan (MoF) memperkenalkan peraturan yang jelas serta telus berkaitan kewajaran penutupan akaun bank individu serta syarikat.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak membenarkan syarikat mengimbangi pembayaran cukai berlebihan terhadap liabiliti cukai masa hadapan, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) --Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Penyelidikan Perbendaharaan dan Pasaran CIMB menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus pada mesyuarat terakhir Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada 6 November, disokong oleh petunjuk makroekonomi yang kukuh.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini lebih rendah, menjejaki prestasi pasaran tunai yang lemah.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Aset rizab antarabangsa Malaysia berada pada US$123.6 bilion (US$1= RM4.19) pada akhir September 2025, meningkat daripada US$122.68 bilion pada akhir Ogos 2025, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, seiring dengan prestasi di pasaran tunai.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd mencatat keuntungan bersih lebih rendah pada RM63.85 juta bagi suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 September 2025 (S3 2025), daripada RM85.74 juta dalam tempoh sama tahun lepa