9bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengekalkan kadar faedahnya dan mengesahkan prospek untuk dua kali pengurangan kadar faedah tahun ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat semula untuk mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh kenaikan yang dicatatkan kaunter utiliti serta produk dan perkhidmatan pengguna.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengalami peningkatan semula semasa awal dagangan pada Khamis, menjejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman selepas beberapa hari mencatatkan penjualan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia terus menyusut dalam sesi dagangan awalnya pada Rabu, menjejaki penurunan ketara dialami Wall Street serta pasaran serantau ketika ketidaktentuan ekonomi terus menjejaskan sentimen pelabur.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini walaupun Wall Street mencatatkan kenaikan pada Jumaat lepas berikutan ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell yang menekankan prospek ekonomi kukuh di sebalik kebimbangan mengenai inflasi yang tinggi dalam persekitaran dasar perdagangan baharu.
10bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki penurunan semalaman di Wall Street berikutan ketidaktentuan mengenai tarif Amerika Syarikat (AS) yang mendorong aktiviti jualan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia kekal dalam wilayah kurang memberangsangkan pada tengah hari Khamis susulan aktiviti jualan ketara membabitkan saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor perkhidmatan kewangan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan bercampur-campur pada tengah hari, susulan petunjuk positif daripada prestasi Wall Street pada Jumaat lalu ketika pelabur mengabaikan kebimbangan terhadap ketegangan yang meningkat antara Ukraine dan Amerika Syarikat (AS).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penyusutannya pada tengah hari Selasa susulan tekanan jualan merentasi papan indeks dan seiring pasaran serantau berikutan prestasi semalaman Wall Street yang hambar, kata penganalisis.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah pada Isnin, dipengaruhi penjualan berterusan berikutan prestasi bursa serantau yang tidak menentu susulan penjualan yang dialami Wall Street.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis dengan lebih rendah, diasak aktiviti jualan membabitkan saham wajaran tinggi tertentu selain menjejaki prestasi pasaran serantu ketika pelabur kian gelisah terhadap kebimbangan berkaitan tarif oleh Amerika Syarikat (AS).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Pembekal paip minyak dan gas (O&G) yang akan disenaraikan di Pasaran ACE, Saliran Group Bhd menyasarkan untuk mengumpul RM21.71 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO).