BERITA TERKINI   Liga Super: Sabah FC 1-6 JDT | 

Terdapat 9817 berita berdasarkan kata kunci carian "mas"

MOF: Tiada Penalti e-Invois Ke Atas PMKS Dalam Tempoh Peralihan

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tidak dikenakan penalti sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan kepada keperluan e-Invois yang berlaku dalam tempoh peralihan e-Invois dengan syarat peniaga telah mematuhi ketetapan yang dinyatakan.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Prospek Permintaan Lemah

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu berikutan jangkaan bahawa permintaan minyak sawit dalam tempoh beberapa bulan akan datang adalah lemah, kata peniaga.

Tiada Isu Kawal Selia Tertunggak Terhadap Binance – MOF

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Berdasarkan penilaian semasa dan langkah-langkah pematuhan yang telah diambil, setakat ini tiada isu kawal selia tertunggak berkaitan Binance yang memerlukan tindakan lanjut daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Malaysia Berpotensi Catat Keputusan CPI Lebih Baik, Komuniti Perniagaan Harap Lebih Ketelusan

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Persatuan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menyifatkan negara ini berpotensi untuk mencapai kedudukan yang lebih baik dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) memandangkan harapan komuniti perniagaan terhadap ekosistem perniagaan yang lebih telus kekal tinggi.

SC Sedang Muktamad Rangka Kerja Bagi Skop, Kehendak Pelesenan Aktiviti Amanah Tunai

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang memuktamadkan rangka kerja bagi menjelaskan skop dan kehendak pelesenan bagi aktiviti skim Amanah Tunai yang melibatkan pelaburan di dalam produk pasaran modal, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

NAFAS Rekod Keuntungan Tertinggi Dua Tahun Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melakar sejarah apabila merekodkan keuntungan tertinggi selama dua tahun berturut-turut, masing-masing RM227 juta pada 2024 dan RM201 juta pada 2025, selepas berdepan kerugian besar dalam tempoh dua tahun sebelumnya.

Pos Malaysia Sambut Baik Kajian MyCC, Tekankan Dominasi Platform e-Dagang

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Pos Malaysia Bhd menyambut baik Kajian Pasaran Ekonomi Digital Malaysia yang dijalankan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), yang menyediakan penilaian berasaskan bukti mengenai persaingan dalam subsektor utama.

Ringgit Terus Meningkat, Dipacu Data Ekonomi Kukuh

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Ringgit meningkat sebanyak 0.25 peratus berbanding dolar AS, mengukuh pada hari ketiga berturut-turut pada Rabu, disokong oleh petunjuk ekonomi domestik yang memberangsangkan.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Kebanyakannya Rendah

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya ditutup rendah hari ini.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Antara RM3,800-RM4,000 Satu Tan Hingga Julai 2026 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) dijangka diniagakan antara RM3,800 hingga RM4,000 satu tan bagi tempoh Januari hingga Julai 2026, kata seorang pakar industri.

AirAsia X Jadikan Bahrain Sebagai Hab Strategik Pengembangan Rangkaian Global

Daripada Abdul Hamid A Rahman

MANAMA, 11 Feb (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) sedang memajukan strategi pengembangan globalnya dengan meletakkan Bahrain sebagai hab strategik untuk mengukuhkan kesalinghubungan antara Asia, Timur Tengah, Eropah dan Australia.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Belian Saham Mewah Terpilih

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, kata sebuah firma pembrokeran.