Terdapat 250 berita berdasarkan kata kunci carian "mohd sedek jantan"

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri penurunan selama dua hari untuk ditutup pada paras tertinggi harian hari ini, dengan indeks komposit meningkat 1.32 peratus, didorong oleh pembelian semasa harga murah susulan penjualan besar-besaran baru-baru ini.

Dividen KWSP Diunjur Dalam Julat 6.0-6.2 Peratus - Penganalisis

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diunjur mengumumkan kadar dividen bagi 2024 dalam julat 6.0-6.2 peratus, didorong oleh keadaan ekonomi global serta domestik yang memberangsangkan, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penyusutan untuk hari kedua berturut-turut hari ini, seiring dengan prestasi suram pasaran serantau berikutan petunjuk negatif daripada ekuiti global, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Dengan Prestasi Lemah Kebanyakan Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini selepas sesi dagangan yang agak lembab sejajar dengan prestasi lemah di kebanyakan pasaran serantau. 

Bursa Malaysia Ditutup Cecah Paras Tertinggi Intra Harian

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan sentimen pasaran serantau, terbukti memacu Bursa Malaysia yang melantun dan mencecah paras tertinggi intra harian pada akhir dagangan Jumaat.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ketika Sentimen Serantau Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi berkaitan Petronas, syarikat telekomunikasi dan perbankan terpilih, menggambarkan sentimen berhati-hati yang terus memberi kesan terhadap pasaran serantau.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia menyusut daripada kenaikan sederhana semalam untuk ditutup rendah sedikit hari ini dengan lebih separuh daripada komponen indeks utama mencatatkan penurunan.

Belian Lewat Dorong Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian pada Selasa, didorong oleh belian lewat dalam saham wajaran tinggi dan sejajar dengan kebanyakan pasaran serantau.

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Jualan Oleh Dana Asing

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia Dijangka Kekal Dalam Fasa Penstabilan Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka kekal dalam fasa penstabilan minggu depan berikutan ketidakpastian berhubung dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS). 

Belian Lewat Saham Perbankan Bantu Bursa Malaysia Hadkan Penurunan

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia ditengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Pertumbuhan KDNK Malaysia 5.1 Peratus Perlihat Daya Tahan Dalam Ketidaktentuan Global 

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku keempat 2024 pada 5.0 peratus yang menyumbang pengembangan setahun penuh 5.1 peratus, mencerminkan ekonomi berdaya tahan yang memanfaatkan kekuatan domestik dalam keadaan ketidaktentuan global.