29hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penyusutan semalam apabila dibuka rendah hari ini dengan aktiviti jualan sederhana membabitkan kaunter perladangan selain produk dan perkhidmatan pengguna, kata penganalisis.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Ringgit mengekalkan momentumnya apabila dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, didorong oleh jangkaan Washington akan mengurangkan lagi kadar faedah dalam masa terdekat, kata penganalisis.
29hari ago
SEOUL, 30 Sept (Bernama) -- TM Malaysia Bhd (TM) akan terus memenuhi permintaan industri permainan dengan mengukuhkan infrastruktur permainan awan dan kelebihan pengkomputeran dengan menandatangani perjanjian perkhidmatan bersama Radian Arc yang berpangkalan di Australia hari ini.
29hari ago
JAKARTA, 30 Sept (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya, dengan firma dalam Dewan Usahawan Indonesia (KEIND) untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menerima 2,083 aduan pada separuh pertama 2024, penyusutan 32 peratus daripada 3,063 aduan yang diterima dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.
1bulan ago
Oleh Wong Chun Wai
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ternyata memberi impak yang besar terhadap keyakinan negara, sekali gus menyuntik rasa bangga dalam kalangan rakyat.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Sebanyak RM18.85 bilion jumlah deposit daripada produk simpanan Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) diterima dengan bilangan akaun berjumlah 6.54 juta sehingga 31 Ogos 2024.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 28 Sept (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengumumkan skim pakej insentif yang menawarkan subsidi sehingga RM2 juta setiap tahun dalam tempoh tiga tahun bagi menarik dan menyokong lebih ramai peserta litar bersepadu (IC) menubuhkan dan mengembangkan operasi mereka di negeri itu.
1bulan ago
Daripada Norsyafawati Ab Wahab
VIENTIANE (LAOS), 28 Sept (Bernama) -- Malaysia yang akan menjadi tuan rumah ASEAN pada 2025 komited untuk memastikan inisiatif strategik Grid Kuasa ASEAN (APG) dapat dimeterai tahun depan bagi manfaat serantau.
1bulan ago
VIENTIANE (LAOS), 27 Sept (Bernama) -- China, Jepun dan Korea Selatan bersetuju untuk menyalurkan kepakaran teknikal kepada ASEAN bagi memperkasa pembangunan sektor tenaga boleh baharu (TBB) dan tenaga bersih.
1bulan ago
PELABUHAN KLANG, 27 Sept (Bernama) – Pembangunan fasa dua projek pembesaran terminal kontena Westports Holdings Bhd, Westports 2, merupakan satu langkah penting bagi memastikan Malaysia kekal sebagai hab maritim dan logistik global pada masa depan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah serantau Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) bagi Malaysia.