1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Ringgit melonjak ke paras tertinggi baharu dalam tempoh 14 bulan berbanding dolar AS pada Rabu, mencapai 4.1200 ketika ditutup hari ini berikutan jangkaan berterusan terhadap penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) minggu depan, yang memberi tekanan ke atas dolar.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu berikutan momentum penurunan dalam niaga hadapan getah serantau dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS, kata peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan lebih positif, menjejaki peningkatan semalaman Wall Street ketika sentimen dipacu oleh pemulihan minat terhadap aset berisiko susulan keuntungan diraih oleh Bitcoin.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar AS pada Rabu apabila para peniaga mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang dijangka lebih cenderung memilih pengurangan kadar faedah, kata seorang ahli ekonomi.
1bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan data pembuatan AS yang lebih lemah berbanding jangkaan, sekali gus mengukuhkan harapan terhadap pengurangan kadar faedahnya minggu depan.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh kebimbangan berterusan mengenai bekalan getah asli di Thailand, pengeluar getah terbesar dunia, kata peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi hari ini dengan kekal di zon positif, disokong oleh pengukuhan ringgit selaras dengan peningkatan sentimen pelabur.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini meskipun prestasi lemah di Wall Street, disokong oleh pengukuhan ringgit yang terus meningkatkan sentimen pelabur.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan sekumpulan mata wang utama hari ini, disokong oleh jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) susulan data ekonomi negara maju itu yang lemah memberi tekanan kepada dolar.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) – Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS hari ini berikutan peniaga mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) minggu depan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS hari ini berikutan peniaga mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) minggu depan.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka terus mengukuh, diniagakan dalam julat 4.12 hingga 4.14 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan ketika peniaga dan pelabur kekal berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (Fed) AS pada Disember ini.