1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih tinggi, didorong minat belian ketara selepas pengumuman Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengurangkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas yang memacu sentimen pasaran serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dan National Bank of Cambodia (NBC) melancarkan jalinan pembayaran QR (respons pantas) rentas sempadan antara Kemboja dengan Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini sejajar dengan pasaran serantau berikutan sentimen belian yang lebih baik selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengumumkan penurunan kadar faedah sebanyak setengah mata peratusan.
1tahun ago
Daripada Soraya Jamal
BALI, 19 Sept (Bernama) -- AirAsia pada Khamis mengumumkan kerjasama jangka panjang dengan pengeluar pesawat Eropah, Airbus bagi meningkatkan penyelidikan bagi inisiatif penerbangan mampan untuk mengurangkan pelepasan karbon di rantau ASEAN.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi memberangsangkan, meningkat 18.6 peratus tahun ke tahun kepada RM252.65 bilion, kadar terpantas dalam tempoh 22 bulan, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini kerana kebanyakan peniaga memilih untuk kekal di luar pasaran menjelang jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Rabu, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street kerana kebanyakan peniaga kekal memilih untuk berada di luar pasaran kerana jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedah.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Gamuda Bhd dijangka disenaraikan sebagai satu daripada konstituen di FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menggantikan Genting Malaysia Bhd pada 23 Dis 2024, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yakin sistem tetingkap tunggal Malaysia yang akan diharmonikan bersama kastam China akan memudahcara operasi perniagaan dan perdagangan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan ditutup tinggi, menjelang keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) mengenai kadar faedah esok, dengan jangkaan penurunan kadar faedah yang ketara meningkatkan sentimen.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Kemajuan negara dalam menuju Agenda Pembangunan Mampan 2030 perlu disemak seiring dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Pelabur asing membeli bersih ekuiti berjumlah RM217.6 juta bagi tempoh 9-13 September, untuk minggu kelima berturut-turut, menjelang jangkaan pelonggaran Rizab Persekutuan Amerika Syarikat minggu ini.