10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur berkembang antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada 2025 didorong oleh permintaaan dalam negeri yang terus kukuh dan landskap pelaburan mantap dengan eksport dijangka sederhana dalam keadaan ketidakpastian luaran, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Pelabur asing kekal sebagai penjual bersih di lapan pasaran Asia dengan jumlah aliran keluar dana mencecah US$564.9 juta pada minggu lepas, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd.
10bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi hari ini berikutan jangkaan Malaysia akan menjadi antara negara yang paling kurang terjejas oleh pelaksanaan tarif timbal balas kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada 2 April berdasarkan negara dilihat mempunyai antara kadar tarif terendah.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Harga emas melonjak! Logam berharga itu terus mengatasi jangkaan, berulang kali mencatatkan paras tertinggi baharu berikutan pelabur mencari perlindungan daripada ketidaktentuan ekonomi global.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Pembelian pesawat baharu Boeing oleh Malaysia Aviation Group (MAG) adalah pelaburan untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam industri penerbangan global.
10bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka akan diniagakan secara mendatar dengan kecenderungan sedikit menurun pada minggu depan, memandangkan pelbagai industri masih berhati-hati dengan dasar tarif Donald Trump, kata pakar industri Denis Low.
10bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Wujud pandangan yang berbeza mengenai prospek kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) pada minggu depan dengan perang perdagangan dijangka berterusan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) kekal komited untuk mencapai pertumbuhan mampan dan mengemudi landskap tenaga yang berkembang pada masa depan, kata Pengerusinya Datuk Adif Zulkifli.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh minat belian baharu terhadap saham mewah, kata penganalisis.
10bulan ago
PUTRAJAYA, 21 Mac (Bernama) -- Presiden Boeing Global Brendan Nelson mengumumkan syarikat itu akan meningkatkan tenaga kerjanya di Malaysia sebanyak 20 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang bertujuan mengukuhkan komitmennya terhadap industri aeroangkasa negara.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) mengekalkan prospek stabil terhadap sektor perbankan Malaysia pada 2025 meskipun terdapat tekanan luaran.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd menjangkakan perdagangan luar Malaysia akan kekal pada kadar lima peratus pada 2025, didorong oleh permintaan teknologi global dan faktor lain, meskipun prestasi Februari lebih perlahan daripada jangkaan.