1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Senai Airport City Sdn Bhd (SACSB) dan Lincotec Technology (Malaysia) Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Linco Technology Co. Ltd, Taiwan memeterai perjanjian jual dan beli (SPA) untuk Lincotec membeli 4.02 hektar tanah perindustrian di Zon Perindustrian Bebas Senai Airport City.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia mengakhiri hari dagangan pertama 2025 dengan ditutup rendah berikutan aktiviti mengambil untung susulan kenaikan pada dagangan akhir tahun awal minggu ini, sejajar dengan prestasi kebanyakan pasaran serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) yang rendah pada Disember dan prestasi Wall Street yang lemah.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah, menjejaki prestasi lemah Wall Street dalam tempoh semalaman.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 31 Dis (Bernama) -- Pulau Pinang merekodkan pelaburan yang memberangsangkan dalam sektor perindustrian pada 2024 dengan pelaburan diluluskan berjumlah RM22.6 bilion sehingga suku ketiga tahun ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Pengelasan semasa kumpulan pendapatan 40 peratus terendah (B40), 40 peratus pertengahan (M40), dan 20 peratus tertinggi (T20) tidak mencerminkan realiti stratifikasi ekonomi isi rumah di Malaysia, menurut kajian terkini oleh Institut Penyelidikan Khazanah (KRI).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi pada Selasa namun, berubah arah mengalami penurunan selepas itu, menjejaki prestasi lemah semalaman Wall Street.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari kedua terakhir 2024 dengan prestasi positif, dipacu momentum belian dalam saham wajaran tinggi terpilih yang didahului Maybank dan Petronas Chemicals ketika institusi tempatan memperelok akaun menjelang akhir tahun.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 805,000 unit untuk industri automotif pada 2025, meningkat daripada anggaran 800,000 unit pada 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, menjejaki prestasi Wall Street yang lemah pada Jumaat lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Pendekatan yang dirangka secara tepat mampu menjadi langkah transformasi bagi pasaran karbon Malaysia selain menggalakkan industri mengurangkan pelepasan dan mewujudkan ekosistem perdagangan karbon yang mantap, kata Engie Services Malaysia Sdn Bhd.
1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia terus mencatat momentum meningkat untuk hari keempat berturut-turut pada Jumaat, mengakhiri minggu dagangan Krismas dengan sentimen positif, didorong oleh aktiviti memperelokkan akaun dan unjuran pertumbuhan yang kukuh, kata penganalisis.