Terdapat 2065 berita berdasarkan kata kunci carian " jumlah"

SC: 21 Tawaran Pengambilalihan, Penggabungan Bernilai Rm18.22 Bilion Diluluskan Pada 2024

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) meluluskan 21 dokumen tawaran melibatkan jumlah nilai tawaran sebanyak RM18.22 bilion di bawah pengambilalihan dan penggabungan pada 2024 berbanding 10 tawaran bernilai RM5.53 bilion pada tahun sebelumnya.

Pasaran Modal Islam Kekal Penyumbang Terbesar Keseluruhan Pasaran Modal - SC

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Pasaran Modal Islam (ICM) kekal sebagai komponen utama pasaran modal Malaysia, yang menyumbang 63.04 peratus kepada keseluruhan pasaran modal.

Top Glove Kembali Pulih Raih Untung Bersih RM30.28 Juta Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd kembali mencatatkan keuntungan dengan keuntungan bersih sebanyak RM30.28 juta pada suku kedua yang berakhir 28 Feb, 2025, berbanding kerugian bersih RM51.20 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

SC: Perdagangan Kripto Dorong Pertumbuhan Aset Digital Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Peningkatan ekosistem aset digital di Malaysia mencerminkan semakin tinggi tahap kesedaran pelabur tempatan terhadap kelas aset baharu, khususnya aktiviti perdagangan aset kripto, kata Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

SC Catat Lebihan Operasi RM20.70 Juta Pada 2024

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) merekodkan lebihan operasi bersih RM20.70 juta pada 2024, pulih daripada defisit operasi bersih RM56.46 juta yang dicatatkan setahun sebelumnya, menurut Laporan Tahunan SC 2024 yang dikeluarkan hari ini.

SC Lulus 21 Permohonan Ekuiti Dengan Jumlah Permodalan Pasaran RM21.39 Bilion Pada 2024

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) meluluskan 21 permohonan ekuiti dengan 10 daripadanya adalah tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran Utama Bursa Malaysia dengan jumlah permodalan pasaran RM21.39 bilion.

Pasaran Modal Meningkat Kepada RM4.2 Trilion Pada 2024 Berikutan Minat Belian Kukuh - SC

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Minat belian yang kukuh dalam bursa tempatan selain peningkatan ketara jumlah tawaran awam awal (IPO) dan pertumbuhan jumlah terkumpul pasaran bon dan sukuk telah meningkatkan saiz pasaran modal sebanyak 9.7 peratus kepada RM4.2 trilion pada 2024 daripada RM3.8 trilion pada 2023. 

Pesara Perlu Peruntuk Sedikit Simpanan Dalam Pelaburan Jana Hasil Pulangan Tinggi - SC

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) – Pesara harus mengalihkan sebahagian kecil daripada simpanan mereka ke dalam instrument pasaran modal yang boleh memberi hasil lebih tinggi untuk meningkatkan kecukupan persaraan mereka dan bukan sebaliknya memegang tunai di tangan.

Amalan Tubuh, Simpan Syarikat Tidak Catat Untung Perlu Dihentikan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata budaya menubuhkan syarikat serta amalan menyimpan syarikat yang tidak mencatatkan keuntungan harus dihentikan serta merta.

Prestasi Perdagangan Malaysia Catat Pertumbuhan 5.9 Peratus Kepada RM223.89 Bilion

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia mengekalkan momentum positif pada Februari 2025, mencatatkan pertumbuhan 5.9 peratus tahun ke tahun kepada RM223.89 bilion, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Boost Bank, CGC Digital Bekerjasama Perkasakan PMKS Menerusi Pembiayaan RM130 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Boost Bank bekerjasama dengan CGC Digital, anak syarikat teknologi kewangan (fintech) Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) untuk menyediakan RM130 juta dalam penyelesaian pembiayaan untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang layak tetapi tidak mendapat perkhidmatan tersebut.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, mencerminkan prestasi niaga hadapan emas COMEX yang lebih kukuh.