10bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa (IILM) menyelesaikan terbitan semula sukuk jangka pendek dengan agregat US$1.21 bilion (US$1=RM4.41) melibatkan tiga tempoh berbeza masing-masing satu, tiga dan enam bulan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Sapura Energy Bhd (SEB) memperoleh pelaburan RM1.1 bilion menerusi langganan saham pinjaman boleh tebus boleh tukar (RCLS) pada nilai nominal oleh Malaysia Development Holding Sdn Bhd (MDH).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Penglibatan ASEAN dan United Kingdom (UK) perlu terus diperkukuh untuk meningkatkan lagi peluang dalam perniagaan dan hubungan ekonomi yang telah terjalin erat, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
10bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kenaikan 25 peratus dalam kadar pemberian mengikut bilangan orang kepada kerajaan negeri, berjumlah RM548 juta berkuat kuasa 2026, merupakan langkah signifikan untuk menyokong belanjawan negeri.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Program visa Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) kini menjana pelaburan hampir RM1 bilion setiap tahun sekali gus mempamerkan kejayaannya.
10bulan ago
SEPANG, 10 Mac (Bernama) -- Capital A Bhd menyasar keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) menjelang Mei 2025 selepas pelan penstrukturan semulanya mendapat kelulusan pemegang saham dan Mahkamah Tinggi.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bersedia untuk melancarkan Perdagangan Digital MADANI (MDT), pameran maya bersepadu, pada 13 Mac, 2025, di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.
10bulan ago
SEPANG, 10 Mac (Bernama) -- Capital A Bhd tiada perancangan pembayaran dividen dalam masa terdekat susulan syarikat memberi keutamaan kepada usaha penstrukturan semula dan pengurangan hutangnya, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI Healthcare), anak syarikat TDM Bhd memeterai perjanjian bina dan pajak dengan Bertam Specialist Hospital Sdn Bhd (BSHSB) bagi membangunkan hospital berkapasiti 100 katil di Bertam, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Silicon Connect Sdn Bhd dan Semiwise Ltd dari United Kingdom telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) yang akan menyaksikan kedua-dua syarikat berkongsi kepakaran mereka dalam elektronik, semikonduktor serta teknologi.
10bulan ago
CYBERJAYA, 10 Mac (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan memberi tumpuan utama kepada pelaksanaan e-Invois, pembesaran asas cukai, aktiviti penguatkuasaan, tadbir urus korporat cukai serta cukai minimum global pada tahun ini.
10bulan ago
Oleh Mohd Ashraf Syafiq Mazlan
KAJANG, 10 Mac (Bernama) -- MTD Properties terus memperkukuh jenamanya dalam industri hartanah dengan memperkenalkan lima projek baharu di Selangor dan Melaka tahun ini, yang bakal memanfaatkan komuniti sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat.