10bulan ago
PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- VentureTech Sdn Bhd telah mengumumkan pelaburan strategik dalam Pomen Autodata Sdn Bhd untuk memacu transformasi digital dalam penyelenggaraan armada dan pengurusan tenaga kerja.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Kerajaan terus memantau situasi perdagangan global dalam mendepani perubahan dasar perdagangan agresif oleh Amerika Syarikat (AS) dan menilai implikasinya ke atas perkembangan ekonomi negara, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Prospek bagi pelaburan infrastruktur pusat data di Malaysia kekal teguh dan dijangka meningkat pada suku akan datang walaupun berdepan cabaran luaran, kata CIMB Securities Sdn Bhd.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia memulakan 2025 dengan jumlah jualan RM148.9 bilion pada Januari, merekodkan pertumbuhan 4.6 peratus tahun ke tahun, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengunjurkan sektor logistik domestik akan terus mencatatkan pertumbuhan yang stabil pada 2025, dipacu oleh perkembangan industri e-dagang.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Isu culas atau kegagalan melunaskan bayaran yuran penyenggaraan adalah krisis berpanjang yang jika tidak ditangani, boleh menjadi bom jangka yang memberi ancaman besar ke atas nilai hartanah serta persekitaran tempat tinggal.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa (IILM) menyelesaikan terbitan semula sukuk jangka pendek dengan agregat US$1.21 bilion (US$1=RM4.41) melibatkan tiga tempoh berbeza masing-masing satu, tiga dan enam bulan.
10bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meneruskan penurunannya sewaktu dagangan ditutup pada Selasa yang mencerminkan ketidakstabilan dan penjualan mendadak dalam ekuiti Amerika Syarikat (AS) apabila pengelakan risiko global semakin meningkat.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Harga semerta minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal disokong paras semasa, diniagakan dalam julat RM4,500–RM4,600 setan bulan ini, menurut CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga) mengekalkan penarafan “overweight” atau wajaran tinggi terhadap sektor perladangan susulan harga minyak sawit mentah (MSM) yang kukuh selain defisit bekalan global yang berterusan walaupun eksport lemah.
10bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia terus mengalami penyusutan untuk ditutup rendah hari ini seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau yang rendah berikutan prestasi ekonomi China yang perlahan, kata peniaga.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bersedia untuk melancarkan Perdagangan Digital MADANI (MDT), pameran maya bersepadu, pada 13 Mac, 2025, di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.