1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Anak syarikat milik tidak langsung Yinson Holdings Bhd, Yinson Production Offshore Holdings Ltd (YPOHL) telah memperoleh pelaburan berjumlah US$1 bilion (RM4.48 bilion) daripada konsortium firma pelaburan antarabangsa untuk memacu pertumbuhan selanjutnya.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia gagal mengekalkan momentum pembelian sepanjang hari dan ditutup pada paras terendah intra hari disebabkan jualan pada saat akhir dagangan bagi beberapa kaunter wajaran tinggi, utiliti dan perladangan yang terpilih susulan prestasi bercampur di bursa serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd bagi suku keempat yang berakhir 31 Dis, 2024 dijangka lebih rendah daripada suku ketiga 2024 disebabkan oleh purata nilai dagangan harian (DATV) lebih rendah untuk pasaran sekuriti, menurut AmInvestment Bank Bhd.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Subsidiari Uzma Bhd, Setegap Ventures Petroleum Sdn Bhd (SVP), telah menerima sambungan kontrak bernilai RM100 juta bagi penyediaan tiub bergelung dan perkhidmatan daripada Petronas Carigali Sdn Bhd.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan sesi pagi dalam wilayah positif pada Selasa, didorong oleh peningkatan dalam perkhidmatan kewangan wajaran tinggi terpilih dan saham telekomunikasi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Dagangan saham Yinson Holdings Bhd digantung mulai jam 9 pagi pada Selasa (14 Jan, 2025) sementara menunggu pengumuman daripada firma infrastruktur tenaga itu.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini disebabkan aktiviti memburu saham mewah murah walaupun prestasi semalaman Wall Street bercampur-campur.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) akan memainkan peranan penting dalam transformasi dan pelaksanaan penstrukturan semula Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd mewujudkan subsektor "tenaga boleh baharu" (TBB) dalam klasifikasi sektor tenaga dan utiliti untuk memberikan tumpuan kepada syarikat tersenarai awam (PLC) yang beroperasi dalam ruang TBB.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih rendah, ditekan penjualan ketara saham mewah teknologi dan utiliti yang menjadi tempias daripada kesan penjualan besar-besaran di Wall Street pada Jumaat lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini, didorong oleh jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi diterajui oleh kaunter utiliti dan perkhidmatan kewangan.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, sejajar dengan penurunan di Wall Street berikutan pasaran menjangka kelembapan dalam kitaran penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).