9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis dengan lebih tinggi, didorong oleh sentimen positif susulan pengumuman penangguhan sementara tarif oleh Amerika Syarikat (AS) yang meredakan potensi perang dagangan besar-besaran serta berlakunya kemelesetan ekonomi.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Negara anggota ASEAN memberi tumpuan untuk menghapuskan gangguan agar menjadi lebih cekap untuk membuka ruang bagi rundingan dengan Washington yang menyuarakan kebimbangan terhadap halangan tarif dan bukan tarif.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) - Malaysia mengalu-alukan langkah Amerika Syarikat (AS) untuk menangguhkan sementara tarif lebih tinggi ke atas banyak rakan dagangannya, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan meningkat mendadak, menjejaki prestasi semalaman pasaran Wall Street selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan penangguhan sementara tarif, kata penganalisis.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- ASEAN perlu mengekalkan pendirian berkecuali dalam bahang perang dagangan global berkaitan tarif membabitkan kuasa besar Amerika Syarikat (AS) dan China, kata mantan Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Andrew Sheng.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika mata wang negara maju itu lemah susulan Presiden Donald Trump mengumumkan penangguhan tarif timbal balas selama 90 hari, kata ahli ekonomi.
9bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, di tengah-tengah penjualan komoditi global yang dicetuskan oleh pelaksanaan tarif AS, menurut peniaga minyak sawit David Ng.
9bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Hari ketiga Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12 dan mesyuarat berkaitan, menyaksikan perbincangan produktif antara menteri ASEAN dan majlis perniagaan utama.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Rabu, mengakhiri penurunan empat hari berturut-turut seiring dengan peningkatan di Bursa Komoditi New York (COMEX) dan di tengah-tengah ketegangan perang perdagangan yang memuncak.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, terjejas akibat sentimen pasaran yang berhati-hati berikutan laporan pelaksanaan tarif sebanyak 104 peratus ke atas China, menandakan kemungkinan berlakunya perang dagangan yang berpanjangan.
9bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- ASEAN menerima sokongan luar biasa daripada Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN (US-ABC) untuk menyampaikan mesej penting kepada Washington.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Pasaran ekuiti dan kewangan Malaysia berkemampuan untuk mengharungi ketidaktentuan yang diakibatkan oleh tarif Amerika Syarikat (AS) didorong oleh sokongan institusi yang kukuh dan kecairan yang mencukupi, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.