1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Pelaburan berjumlah RM160 bilion yang diluluskan Malaysia bagi separuh pertama 2024, merangkumi RM85.4 bilion pelaburan domestik (DI) dan RM74.6 bilion dalam pelaburan asing (FI), menunjukkan bahawa negara tidak terlalu bergantung kepada FI untuk merangsang ekonominya.
1tahun ago
Oleh NurulJannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus walaupun Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) mungkin menurunkan kadar faedahnya sebanyak 50 mata asas lagi tahun ini.
1tahun ago
Daripada Soraya Jamal
BALI, 18 Sept (Bernama) -- Anak syarikat Capital A Bhd, Asia Digital Engineering Sdn Bhd (ADE) dan PT Garuda Maintenance Facility Aero Asia Tbk (GMF) memeterai kerjasama strategik bagi perniagaan penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) peralatan pendaratan baharu dengan gabungan pelaburan berjumlah US$12 juta (US$1 = RM4.25).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Crest Group Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia menyasarkan untuk mengumpul RM45.75 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Jenama produk kesihatan berasaskan minyak zaitun Palestin, Al'Ard mencipta sejarah dengan menghantar sebanyak RM50 juta ke Palestin ketika tempoh 10 tahun ia beroperasi di Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Kemajuan negara dalam menuju Agenda Pembangunan Mampan 2030 perlu disemak seiring dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib.
1tahun ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Di sebalik kelibat pesawat yang melintasi ruang angkasa, tidak ramai yang menyedari jasa wira tak didendang - pegawai trafik kawalan udara (PTKU) yang bertugas melakukan pemantauan di menara kawalan.
1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Didorong minat untuk mengkaji lebih mendalam sistem internet pelbagai benda (IoT) dalam bidang pertanian Abdul Mu'iz Hanafiah, 30, tekad untuk mengubah haluan kerjayanya daripada bidang kejuruteraan kepada pertanian kira-kira dua tahun lalu.
1tahun ago
Oleh Christine Lim
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Tanggungjawab setiausaha syarikat tidak lagi terikat dengan tugasan pentadbiran semata-mata, sebaliknya peranan mereka turut melalui anjakan serta transformasi sejak beberapa tahun lepas.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) – Kumpulan bioteknologi bersepadu ALPS Global Holding Bhd, yang bakal disenaraikan di Nasdaq pada suku keempat 2024, menyasar mengumpul US$100 juta daripada penyenaraian tersebut untuk membiayai pengembangan, kajian klinikal dan kilang pembuatannya.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 14 Sept (Bernama) -- Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) membantu merealisasikan perjanjian usaha sama antara Yenher Holdings Bhd (Yenher) dan syarikat bioteknologi perintis dari Denmark Fermentationexperts A/S (FE) untuk membentuk YH European Protein Asia Sdn Bhd (YHEPA).