9bulan ago
PUTRAJAYA, 21 Mac (Bernama) -- Industri penerbangan Malaysia dalam proses pemulihan dan membina asas yang kukuh untuk pertumbuhan dan pengembangan yang berterusan, selaras dengan sektor penerbangan di rantau ini yang pulih secara keseluruhannya.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Pasaran hartanah Malaysia dijangka mengukuh pada separuh kedua 2025 dan berada di landasan untuk mencapai jualan RM180 bilion tahun ini, kata Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) Malaysia.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menerima sejumlah 8,501 kes yang terdiri daripada 3,910 aduan dan 4,591 pertanyaan pada 2024, mewakili peningkatan 60 peratus daripada 2023 sebanyak 5,318 kes.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) meluluskan 21 dokumen tawaran melibatkan jumlah nilai tawaran sebanyak RM18.22 bilion di bawah pengambilalihan dan penggabungan pada 2024 berbanding 10 tawaran bernilai RM5.53 bilion pada tahun sebelumnya.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Kementerian Ekonomi akan memastikan dasar bersepadu dan bersesuaian yang memberi tumpuan kepada industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) diteruskan dalam penyediaan Dokumen Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Boost Bank bekerjasama dengan CGC Digital, anak syarikat teknologi kewangan (fintech) Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) untuk menyediakan RM130 juta dalam penyelesaian pembiayaan untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang layak tetapi tidak mendapat perkhidmatan tersebut.
9bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia digesa mempertimbangkan kerjasama strategik untuk lebih berdaya saing dan mendapatkan lebih banyak peluang dalam peralihan tenaga di luar industri.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Pertama Digital Bhd berhasrat untuk mengambil alih dua syarikat yang menyediakan perkhidmatan pemasangan, penyelenggaraan, pengurusan dan sokongan untuk sistem pengawasan serta teknologi sebagai sebahagian daripada strategi perniagaan jangka panjang kumpulan dan pelan regularisasi yang dicadangkan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Permohonan bagi lesen penanggung insurans dan pengendali takaful digital (DITO) akan dibuka sehingga 31 Disember 2026, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperhalus beberapa ciri keperluan penyertaan bagi penanggung Insurans dan pengendali takaful digital (DITO) dalam dokumen dasar rangka kerja pelesenan dan pengawalseliaannya bagi DITO yang dikeluarkan hari ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) menggesa rantau ini memperkukuh perdagangan dan pelaburan intra-ASEAN berikutan pemecahan ekonomi global yang semakin meningkat.
10bulan ago
Oleh Niam Seet Wei, Norsyafawati Ab Wahab, Mohd Khairi Idham Amran, Ahmad Erwan Othman & Danni Haizal Danial Donald
KOTA TINGGI, 1 Mac (Bernama) -- Permukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-31, yang berakhir Jumaat di Desaru dekat sini, melakar pencapaian penting dengan menyokong pelbagai inisiatif ekonomi termasuk kesemua 18 Keberhasilan Ekonomi Berkeutamaan (PED) yang menjadi kunci dalam mencapai aspirasi Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).