3bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan sentimen pasaran tempatan yang lebih baik menjelang Belanjawan 2026, yang dijangka menjadi pemangkin utama kepada mata wang tersebut.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan meluluskan pinjaman sebanyak RM24.15 bilion kepada kerajaan negeri sehingga 31 Ogos 2025, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
3bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS di tengah-tengah sentimen berhati-hati dalam pasaran mata wang, kata seorang penganalisis.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih ekuiti Malaysia pada September 2025, mengakhiri jualan berturut-turut selama tiga bulan dengan RM100 juta dalam aliran masuk berbanding aliran keluar sebanyak RM3.4 bilion yang dicatatkan pada Ogos 2025.
3bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunan untuk ditutup rendah sedikit pada Rabu, mencerminkan pasaran serantau yang lemah berikutan kebimbangan yang meningkat terhadap kemungkinan penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang berpanjangan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Usaha kerajaan melaksanakan konsolidasi fiskal bagi mengurangkan kadar defisit telah berjaya menghasilkan penjimatan pinjaman sebanyak RM20 bilion bagi tempoh dua tahun, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
3bulan ago
PUTRAJAYA, 8 Okt (Bernama) -- Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani memberi bayangan bahawa Belanjawan 2026 akan memberi keutamaan kepada langkah mengurangkan defisit negara.
3bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kerajaan dijangka membentangkan Belanjawan 2026 bersifat mengembang, dengan defisit fiskal diunjurkan sekitar 3.6 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), sedikit menurun berbanding 3.8 peratus tahun ini, kata seorang ahli ekonomi.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 akan memperkukuh perlindungan sosial dan meningkatkan daya tahan isi rumah manakala pelaburan bakal menumpukan kepada semikonduktor, peralihan tenaga, pendigitalan, syarikat pemula niaga dan industri masa depan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal kepada 4.1 peratus pada 2026, tidak berubah daripada unjurannya bagi 2025, menurut Bank Dunia.
3bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 perlu mencapai keseimbangan yang tepat antara pengukuhan fiskal dan langkah yang menyokong pertumbuhan untuk memastikan daya tahan sektor perbankan dan ekonomi secara keseluruhan, kata RHB Banking Group.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, disokong oleh minat belian dalam persekitaran keyakinan bahawa kerajaan Malaysia akan mengekalkan disiplin fiskal dan secara beransur-ansur menurunkan defisit fiskal sebagai peratusan Keluaran Dalam Negara Kasar dalam Belanjawan 2026.