1bulan ago
GEORGE TOWN, 19 Nov (Bernama) -- Jerman berusaha untuk memperdalamkan kerjasama ekonomi dengan Malaysia, terutamanya dalam sektor semikonduktor, di tengah-tengah persekitaran cabaran ekonomi global dan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Jawatankuasa Menangani Isu Penggunaan Elektrik Secara Curang Untuk Aktiviti Perlombongan Bitcoin akan membincangkan keperluan mewujudkan dasar khas aktiviti melombong bitcoin atau mengharamkannya dalam mesyuarat pertama, 25 November ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Orkim Bhd iaitu syarikat pengangkutan marin mahu mengumpul RM92 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraian sulungnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd pada 9 Dis, 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Kekuatan ekonomi Malaysia akan bergantung kepada tiga keutamaan, iaitu mencipta teknologi dan bukannya sekadar menerima pakai teknologi dan membina industri dengan keupayaan mendalam yang disokong oleh komitmen jangka panjang, kata Kementerian Ekonomi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Projek Kompleks Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Lada di Sarawak yang telah lama terbengkalai akan disiapkan susulan kelulusan peruntukan baharu daripada Kementerian Kewangan (MOF) untuk menyambung semula kerja-kerja pembinaannya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Technology Depository Agency Bhd (TDA) menyerahkan lebih 64 projek Program Kolaborasi Industri (ICP) bagi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) bernilai RM11.37 bilion yang berjaya disiapkan kepada Prasarana Malaysia Bhd.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Malaysia menyasarkan menjadi hab kecerdasan buatan (AI) di Asia Tenggara selain menjadikan AI sebagai tunjang ekonomi menjelang 2030, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Pelaburan & Pengurusan) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Bahria Mohd Tamil.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan memperuntukkan penambahan empat lagi unit bank bergerak Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 2026 khusus untuk meningkatkan akses perkhidmatan perbankan kepada rakyat di kawasan pedalaman Sabah, Sarawak, Pahang dan Perak.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Risiko hutang luar negara secara keseluruhan kekal terkawal, disokong oleh profil tempoh matang dan profil mata wang yang baik, kata Kementerian Kewangan (MOF).
1bulan ago
Oleh M.Saraswathi
ADDIS ABABA, 18 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Addis Ababa, ibu negara Ethiopia pada 4.10 petang waktu tempatan (9.10 malam waktu Malaysia) untuk lawatan rasmi di sini, menandakan bermulanya lawatan sulung beliau ke benua Afrika dan fasa baharu dalam hubungan Malaysia dengan rantau itu.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- WE2025: Future in Motion yang akan berlangsung dari 25 hingga 27 Nov ini di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dijangka menjana potensi perdagangan sehingga RM100 juta.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Malaysia perlu menghentikan perdebatan mengenai pilihan antara “mengguna pakai atau melaksanakan” kecerdasan buatan (AI), sebaliknya perlu menumpukan kepada kedua-dua aspek itu dengan berkesan bagi menjamin masa depan digital negara, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.