Terdapat 409 berita berdasarkan kata kunci carian " penutupan"

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi kerana para pelabur membeli saham wajaran tinggi terpilih, didahului oleh kaunter perladangan dan perkhidmatan kewangan.

Sentimen Elak Risiko Dorong Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh jangkaan bahawa negara maju itu akan menurunkan kadar faedah selain sentimen mengelak risiko di peringkat global.

Ringgit Ditutup Tinggi Berikutan Ketegangan Perdagangan AS-China Jejas Dolar AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Khamis berikutan ketegangan perdagangan berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan China telah menjejaskan dolar.

Ringgit Mengukuh Berbanding Mata Wang Utama, Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa namun diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan sentimen pasaran tempatan yang bertambah baik, disokong oleh kenyataan positif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan jangkaan perubahan dalam dasar Rizab Persekutuan (Fed) AS, kata penganalisis.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) --  Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, mencerminkan kekuatan baharu dalam dolar Amerika Syarikat (AS) dalam persekitaran ketegangan perdagangan yang berlanjutam antara AS dan China.

Malaysia Raih Potensi Dagangan, Pelaburan RM24.45 Bilion Di Expo 2025 Osaka -- MITI

Daripada Niam Seet Wei

OSAKA, 13 Okt (Bernama) -- Malaysia mengakhiri penyertaan enam bulan di acara Expo 2025 Osaka dengan memberangsangkan apabila meraih potensi perdagangan dan pelaburan berjumlah RM24.45 bilion.

Pasaran Getah Dijangka Meningkat Minggu Depan Dipacu Kekangan Bekalan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka meningkat minggu depan berikutan kekangan bekalan akibat keadaan cuaca buruk khususnya di negara pengeluar getah utama iaitu Thailand dan Malaysia, kata Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS, Naik Berbanding Mata Wang Utama

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Ringgit mengakhiri minggu ini dengan ditutup rendah berbanding dolar AS, mencerminkan kekuatan baharu dan berterusan unit negara maju itu, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Prestasi Suram Pasaran Serantau

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Jumaat lebih rendah susulan sentimen berhati-hati di tengah-tengah prestasi pasaran serantau yang suram, kata penganalisis.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur pada Jumaat, didorong oleh petunjuk lemah daripada niaga hadapan getah serantau dan penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Lemah Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, seiring penurunan prestasi pasaran serantau berikutan para pelabur kekal dalam mod berhati-hati susulan penutupan berterusan kerajaan Amerika Syarikat (AS).