1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) melancarkan IHSAN Financing for Business Resilience, Sustainability and Green Transition (IFiRST) untuk memperkasakan perniagaan khususnya perusahaan kecil dan sederhana dan syarikat peringkat pertengahan dalam menerapkan amalan lebih lestari dan berdaya tahan.
1bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis, dipengaruhi oleh kebimbangan yang semakin meningkat terhadap prospek kewangan global, kata seorang peniaga.
1bulan ago
Oleh Suraidah Roslan
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Malaysia berada di kedudukan yang baik untuk membangunkan ruang pasaran kewangan Islam dan menjadi hab bagi penyatuan mudah tunai, disokong oleh peningkatan permintaan dalam pembiayaan selamat Islam, kata Pengarah Eksekutif Perbendaharaan Kumpulan Affin Bank, Hanif Ghulam.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) mengekalkan unjuran bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 2.75 peratus dalam separuh kedua 2025 atas faktor keperluan ekonomi.
1bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia hampir tidak berubah pada sesi pembukaan hari ini berikutan kekurangan pemangkin baharu selepas prestasi semalaman Wall Street yang mendatar, kata penganalisis.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- TNG Digital Sdn Bhd kini memperluaskan sokongan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan kalangan peniaga bebas yang beroperasi di pasar, gerai serta ruang awam menerusi mekanisme pembayaran digital mudah diakses dan dimanfaatkan.
1bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan and Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi hari ini dalam situasi kebimbangan geopolitik yang berterusan dan walaupun dolar AS mengukuh selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah, kata penganalisis.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Dagang NeXchange Bhd (DNeX), melalui anak syarikatnya Innovation Associates Consulting Sdn Bhd (IAC), meraih kontrak bernilai RM103.76 juta daripada Kementerian Kewangan (MoF).
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Rabu menjelang keputusan mengenai kadar faedah Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini dan ketegangan antara Israel dan Iran yang terus meningkat.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Konflik Iran-Israel memberikan risiko ekonomi langsung yang terhad kepada Malaysia berikutan pendedahan perdagangan negara itu yang minimum terhadap rantau ini dan situasi sebelum ini menunjukkan kenaikan harga minyak berkaitan konflik biasanya bersifat sementara, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu apabila para pelabur masih berhati-hati menjelang keputusan dasar monetari Amerika Syarikat (AS) yang dijangka diumumkan malam ini, kata penganalisis.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas LNG Ltd (PLL) akan terus menguruskan ketidaktentuan pasaran jangka masa pendek melalui sistem operasi dan proses pengurusan risiko yang kukuh untuk memastikan penghantaran gas asli cecair (LNG) boleh dipercayai kepada pembelinya.