Terdapat 140 berita berdasarkan kata kunci carian "netr"

Malaysia Pacu Peralihan Tenaga Di ASEAN Dengan TNB - Trilliant Networks

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Malaysia akan menjadi negara utama di ASEAN dari segi peralihan tenaga dan grid pintar, dengan bantuan Tenaga Nasional Bhd (TNB), kata Trilliant Networks Inc.

Plus Xnergy Sokong Dasar Percepat Penerimagunaan Solar Dalam Belanjawan 2025

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 harus merangkumi dasar yang lebih teguh dan fleksibel yang boleh membantu meningkatkan penerimagunaan tenaga solar dalam kalangan perniagaan dan pemilik rumah, demikian menurut Plus Xnergy Holdings Sdn Bhd.

MITI Lancar Kerangka Polisi Ekonomi Kitaran Galak Pertumbuhan Pembuatan Mampan

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan Kerangka Polisi Ekonomi Kitaran dengan menyasarkan untuk merumuskan semula model industri berasaskan bahan api fosil dan memangkin amalan pertumbuhan hijau dalam rantaian nilai pembuatan.

Malaysia Bakal Perkenal Rangka Kerja Kawal Selia Sasar Jadi Hab CCUS Global - Rafizi

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Malaysia bercadang untuk memperkenalkan rangka kerja kawal selia mampan di parlimen pada November ini dengan matlamat menjadikan negara sebagai hab pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) global.

Fadillah Ketuai Delegasi Malaysia Ke Mesyuarat Menteri Tenaga ASEAN Di Laos

Daripada Norsyafawati Ab Wahab

VIENTIANE, 24 Sept (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-42 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan, di sini pada 26 hingga 27 September ini.

Kemudi MIDA Redah Cabaran, Sulaiman Mahbob Tinggal Legasi Dalam Landskap Pelaburan Malaysia

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Seiring perjalanan mengakhiri tanggungjawab sebagai pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada 2 Sept, 2024, kepimpinan Tan Sri Sulaiman Mahbob terbukti meninggalkan jejak yang sukar dilenyapkan dalam landskap pelaburan Malaysia.

Pelaburan Domestik Kukuh Separuh Pertama 2024 Bukti Negara Tidak Bergantung Pelaburan Asing - MIER

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Pelaburan berjumlah RM160 bilion yang diluluskan Malaysia bagi separuh pertama 2024, merangkumi RM85.4 bilion pelaburan domestik (DI) dan RM74.6 bilion dalam pelaburan asing (FI), menunjukkan bahawa negara tidak terlalu bergantung kepada FI untuk merangsang ekonominya.

Belanjawan 2025: BIMB Securities Jangka Defisit Fiskal Malaysia Rendah Pada 3.5 Peratus

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- BIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan defisit fiskal yang lebih rendah sebanyak 3.5 peratus sejajar dengan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk Belanjawan 2025.