11bulan ago
SHAH ALAM, 27 Sept (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) memperkenalkan Kad Kredit-i Mastercard Inspire, kad kredit patuh syariah yang direka khusus untuk golongan profesional muda dengan menawarkan pengecualian fi tahunan sepanjang hayat.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- TikTok Shop menyaksikan pertumbuhan jualan sebanyak 2.2 kali ganda, peningkatan penjual 1.8 kali ganda serta lonjakan 1.8 kali ganda pencipta ahli gabungan, tahun ke tahun bagi separuh pertama 2024.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sarawak melalui anak syarikat milik penuhnya, SG Assetfin Holdings Sdn Bhd, telah memuktamadkan perjanjian pembelian saham (SPA) Affin Bank daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Holdings Bhd.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- BMI Country Risk & Industry Research (BMI), unit Fitch Solutions, menyemak naik unjuran ringgit bagi akhir 2024 kepada RM4.00 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada RM4.55 sebelum ini.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih rendah berikutan kekurangan pemangkin baharu walaupun pasaran Wall Street meningkat susulan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh, kata penganalisis.
11bulan ago
SEPANG, 26 Sept (Bernama) -- Asia Digital Engineering (ADE), anak syarikat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) bakal menjadi unit perniagaan pertama Capital A Bhd yang disenaraikan di Bursa Malaysia, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tan Sri Tony Fernandes.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Gamuda Bhd mencadangkan terbitan bonus sebagai ganjaran kepada pemegang sahamnya berikutan prestasi kukuh syarikat itu pada tahun kewangan berakhir 31 Julai 2024, dengan hasil tahunan meningkat 63 peratus kepada RM15 bilion.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Keuntungan bersih AEON Credit Service (M) Bhd menyusut kepada RM71.16 juta pada suku kedua berakhir 31 Ogos 2024 berbanding RM120.19 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Institut Percukaian Malaysia (CTIM) mencadangkan agar kerajaan mentakrifkan semula klasifikasi semasa model cukai pendapatan B40, M40 dan T20 untuk mencerminkan landskap ekonomi yang semakin berkembang.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Johor Plantations Group Bhd berjaya menerbitkan Sukuk Wakalah sulungnya dengan jumlah agregat RM1.35 bilion dalam nilai nominal daripada Program Sukuk Wakalah syarikat itu.
11bulan ago
ISKANDAR PUTERI, 26 Sept (Bernama) -- UEM Sunrise Bhd telah mencapai kadar pengambilan 100 peratus semasa previu pembangunannya, Aspira Hills, DiReka Square dan Aspira LakeHomes yang mempunyai gabungan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM499 juta.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan Kerangka Polisi Ekonomi Kitaran dengan menyasarkan untuk merumuskan semula model industri berasaskan bahan api fosil dan memangkin amalan pertumbuhan hijau dalam rantaian nilai pembuatan.