Terdapat 1812 berita berdasarkan kata kunci carian " penyelidikan"

Indeks FBM KLCI Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Ambil Untung

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan  Jumaat dengan lebih rendah, meneruskan penurunan susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat momentum peningkatan baru-baru ini.

Kenanga IB: Pinjaman Sektor Perbankan Diunjur Tumbuh 6.0 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Pertumbuhan pinjaman perbankan Malaysia diunjur pada 6.0 peratus pada 2025 dalam persekitaran ketidaktentuan dalam dasar perdagangan asing, kata Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Jualan Hartanah Dijangka Meningkat 10 Peratus Tahun Ke Tahun Pada 2025 - RHBIB

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHBIB) mengunjurkan jualan hartanah meningkat sebanyak 10 peratus tahun ke tahun pada 2025.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Meskipun Pasaran Semalaman AS Alami Penurunan

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Jumaat, walaupun pasaran Amerika Syarikat (AS) mengalami penurunan dalam tempoh semalaman.

Firma Taiwan Linco Technology Beli Tanah Di Senai Airport City

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Senai Airport City Sdn Bhd (SACSB) dan Lincotec Technology (Malaysia) Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Linco Technology Co. Ltd, Taiwan memeterai perjanjian jual dan beli (SPA) untuk Lincotec membeli 4.02 hektar tanah perindustrian di Zon Perindustrian Bebas Senai Airport City.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Pada Hari Dagangan Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia mengakhiri hari dagangan pertama 2025 dengan ditutup rendah berikutan aktiviti mengambil untung susulan kenaikan pada dagangan akhir tahun awal minggu ini, sejajar dengan prestasi kebanyakan pasaran serantau. 

Maxis, UTAR Jalin Kerjasama Bangunkan Penyelesaian 5G Dalam Kesihatan Dan Pendidikan

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Maxis, penyedia perkhidmatan telekomunikasi terkemuka di Malaysia, bekerjasama dengan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) bagi pembangunan bersama penyelesaian 5G, dengan fokus pada inovasi dalam bidang penjagaan kesihatan dan pendidikan.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) yang rendah pada Disember dan prestasi Wall Street yang lemah. 

Maybank IB Unjur Harga Minyak Mentah US$70 Setong Pada 2025

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengunjurkan harga minyak mentah Brent tidak menentu dan lebih lemah tahun ini iaitu pada purata US$70 setong berbanding US$80 setong tahun lepas.

Ringgit Diunjur Pada RM4.45-RM4.55, FBM KLCI Pada 1,700-1,840 Pada 2025 - Firma Penyelidikan

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Firma penyelidikan menjangka 2025 akan menjadi satu lagi tahun yang kukuh bagi ringgit dan Bursa Malaysia, dengan ringgit kekal stabil dan Bursa Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang menggalakkan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Hari Dagangan Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada hari pertama dagangan 2025, menjejaki penurunan semalaman dalam pasaran Amerika Syarikat (AS).

Ringgit Akhiri 2024 Catat Prestasi Terbaik Dalam Kalangan Mata Wang Utama Asia

Oleh Norsyafawati Ab Wahab

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.