1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Malaysia bercadang untuk memperkenalkan rangka kerja kawal selia mampan di parlimen pada November ini dengan matlamat menjadikan negara sebagai hab pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) global.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum positif pagi ini, disokong oleh sentimen pasaran global yang memberangsangkan, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Magma Group Bhd (dikenali Impiana Hotels Bhd sebelum ini) mengemukakan cadangan bagi mengurangkan modal sahamnya mengikut Seksyen 116 Akta Syarikat, 2016.
1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan prestasi memberangsangkan saham global dan juga serantau yang dipengaruhi oleh prestasi positif di Wall Street semalaman dan pengumuman pakej rangsangan oleh China untuk merancakkan ekonominya.
1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan sesi pagi dalam wilayah positif pada Selasa, sejajar dengan bursa serantau dan disokong oleh langkah rangsangan baharu oleh China, menurut penganalisis.
1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi positif Wall Street semalaman, kata penganalisis.
1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan dalam julat kecil dan mengakhiri dagangan dengan lebih rendah pada Isnin susulan fasa konsolidasi selepas mencatat aliran peningkatan selama dua hari berturut-turut, kata penganalisis.
1tahun ago
BUTTERWORTH, 23 Sept (Bernama) -- Penang Port Sdn Bhd dijangka melebihi kapasiti pengendalian kontena sebanyak 1.5 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) menjelang akhir tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Sasedharan Vasudevan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- SME Bank Malaysia Bhd, melalui program eksport perniagaan (BEP) telah menjana jualan eksport tambahan lebih RM74 juta setakat 31 Ogos 2024, dengan 65 peratus syarikat memasuki pasaran eksport baharu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkat pada sesi dagangan awal hari ini, disokong oleh jangkaan aliran masuk dana asing ke pasaran ekuiti Malaysia, kata penganalisis.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan, didorong sentimen keyakinan berikutan langkah penurunan kadar faedah yang besar oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Ringgit dijangka cenderung untuk menaik berterusan pada minggu depan, diniagakan pada 4.1875 hingga 4.2025 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.