1tahun ago
Daripada Kamarul Ariffin Md Yassin
ABU DHABI, 13 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertemuan beliau bersama syarikat-syarikat gergasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) sewaktu lawatan kerja tiga hari ke negara itu akan merapatkan hubungan dua hala selain melonjakkan kerjasama perdagangan dan pelaburan yang terjalin selama ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih rendah, ditekan penjualan ketara saham mewah teknologi dan utiliti yang menjadi tempias daripada kesan penjualan besar-besaran di Wall Street pada Jumaat lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), hari ini menandatangani perjanjian Kontrak Sivil Utama (CMC) bagi Segmen 1 Projek LRT Laluan Mutiara bersama SRS Consortium Sdn Bhd yang bernilai RM8.31 billion.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Jumlah jualan sektor perdagangan borong dan runcit Malaysia meningkat sebanyak 4.7 peratus tahun ke tahun untuk mencapai nilai jualan sebanyak RM149.3 bilion pada November 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions, menyemak unjurannya terhadap ringgit bagi akhir 2025 kepada RM4.40 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada RM4.50 yang dibuat sebelum ini.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, sejajar dengan penurunan di Wall Street berikutan pasaran menjangka kelembapan dalam kitaran penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu mengukuh, disokong oleh pasaran tenaga kerja AS yang lebih baik dan ekonomi yang kukuh, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan pertumbuhan yang stabil melebihi 5.0 peratus pada 2025, disokong oleh pelaburan strategik, pengurusan fiskal yang kukuh dan daya tahan ekonomi, kata Kementerian Kewangan.
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka merekodkan aliran pergerakan meningkat yang sederhana minggu depan, didorong aktiviti pembelian semasa harga murah dan keyakinan berkaitan perkembangan domestik.
1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan sekitar RM4.50 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, dengan pelabur berhati-hati menjelang laporan inflasi AS serta beberapa siri ucapan oleh pegawai Rizab Persekutuan AS (Fed) yang dijadualkan sepanjang tempoh tersebut.
1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori menaik minggu depan, disokong oleh prospek positif emas fizikal di London Bullion Market Association.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Metronic Global Bhd, melalui MAT JV Sdn Bhd, berjaya memperoleh projek skim bekalan air bernilai RM31 juta di Selangor.