Terdapat 1684 berita berdasarkan kata kunci carian " asia"

Hubungan Ekonomi AS-Malaysia Wujudkan 312,000 Pekerjaan Baharu - Kaunselor Ekonomi

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Hubungan ekonomi antara Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia telah berkembang dengan pesat sepanjang dekad yang lepas, dengan lebih 312,000 peluang pekerjaan diwujudkan, menjadikannya sebagai sumber utama pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia.

Belanjawan 2025: MITI Seru Syarikat Malaysia Teroka Peluang Di Ethiopia

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Syarikat-syarikat Malaysia diseru untuk meneroka peluang perniagaan baharu di Ethiopia, dengan mengambil kesempatan daripada peruntukan RM40 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 baru-baru ini, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

AME Development Diiktiraf Sebagai Pemaju Terbaik Di Anugerah PropertyGuru Asia Malaysia 2024

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- AME Development Sdn Bhd diiktiraf sebagai Pemaju Terbaik pada majlis Anugerah PropertyGuru Asia Malaysia 2024 ke-19 pada Jumaat.

MATRADE-HDC: MITI Tubuh Jawatankuasa Pro Tem Selaras Sumber Dan Rangka Kerja Operasi

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) membentuk Jawatankuasa Pro Tem untuk menyelaraskan sumber dan rangka kerja operasi bagi menyokong penggabungan antara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Perbadanan Pembangunan Halal (HDC).

Malaysia Jadi Penghubung BRICS Dan ASEAN Bagi Pacu Kerjasama

Oleh Abdul Hamid A.Rahman

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Malaysia yang dipilih antara rakan BRICS selain menggalas tanggungjawab Pengerusi ASEAN pada 2025, kini menjadi penghubung dalam memperjuang daya tahan ekonomi serantau serta kerjasama antara kedua-dua blok berkenaan.

Sentimen Lemah, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah setakat dagangan tengah hari Jumaat berikutan sentimen negatif di peringkat tempatan yang turut memaparkan prestasi bercampur-campur di peringkat pasaran serantau, kata penganalisis.

BASF Petronas Chemicals Buka Loji Pengeluaran 2-EHAcid Kedua Di Kuantan

KUANTAN, 25 Okt (Bernama) -- BASF Petronas Chemicals (BPC) melancarkan barisan pengeluaran asid 2-etilheksanoik (2-EHAcid) kedua di tapak bersepadunya di sini bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat.

KWAP Labur RM219 Juta Dalam Cyan Renewables Bagi Tingkatkan Sektor Luar Pesisir Malaysia

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melabur RM219 juta untuk kepentingan minoriti dalam Cyan Renewables (Cyan), pemilik dan pengendali kapal sokongan luar pesisir terbesar di Asia. 

Bursa Dibuka Dengan Catat Sedikit Perubahan Pada Jumaat

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit hari ini dalam dagangan tidak menentu berikutan sentimen bercampur-campur di Wall Street selepas pendapatan korporat menunjukkan prestasi yang berbeza-beza, kata penganalisis.

Inflasi Malaysia Diunjur 2.9 Peratus Pada 2025 - Allianz

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Inflasi Malaysia diunjurkan pada 2.3 peratus tahun ini dan 2.9 peratus pada 2025 berbanding unjuran Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu antara 2 peratus dan 3.5 peratus bagi 2024, kata Ketua Ahli Ekonomi Allianz SE Ludovic Subran.

Pertumbuhan Kukuh, Kestabilan Politik Buka Laluan Pembaharuan Penting Malaysia - Morgan Stanley

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kestabilan politik dan pertumbuhan kukuh yang dicatatkan Malaysia baru-baru ini membuka laluan untuk kerajaan melaksanakan pembaharuan penting, termasuk menyusun semula subsidi bahan api dan tenaga yang tinggi, menurut Morgan Stanley Investment Management.