Terdapat 5202 berita berdasarkan kata kunci carian " 2025"

Untung Bersih Suku Pertama Top Glove Melonjak Kepada RM38.58 Juta Berikutan Jualan Kukuh

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Keuntungan bersih Top Glove Corporation Bhd melonjak kepada RM38.58 juta pada suku pertama berakhir 30 Nov 2025 berbanding RM5.47 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Kabinet Baharu: FMM Harap Kesinambungan, Kestabilan Dasar

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) berharapkan kepada kesinambungan dan kestabilan dasar susulan pengumuman Kabinet baharu semalam.

Portugal Muncul Pintu Masuk Utama Malaysia Terokai Pasaran Kesatuan Eropah -- Duta

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Portugal muncul sebagai pintu masuk strategik bagi Malaysia untuk meneroka pasaran Kesatuan Eropah (EU), menawarkan kepakaran dalam tenaga boleh baharu, pembuatan, logistik maritim dan perkongsian teknologi, kata Duta Malaysia ke Portugal Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim.

Kontrak Niaga Hadapan KLCI Kebanyakannya Tinggi Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya tinggi ketika awal dagangan pada Rabu.

Sektor Minyak Sawit Kekal Stabil Pada 2025 Didorong Pengecualian Tarif AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Penggiat industri minyak sawit Malaysia menarik nafas lega apabila dikecualikan daripada tarif import sebanyak 19 peratus yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), pada masa yang sama mengekalkan momentum yang stabil pada tahun ini walaupun terjejas oleh permintaan luar yang rendah dan paras inventori yang tinggi.

Prestasi Getah Bercampur-campur, Komoditi Lain Seperti Koko Dan Lada Kekal Berdaya Tahan Pada 2025

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Industri getah Malaysia mencatatkan prestasi bercampur-campur tahun ini dengan output dan eksport termasuk permintaan luaran untuk sarung tangan menguncup, manakala komoditi lain seperti koko dan lada pula berdaya tahan.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Prestasi CBOT Yang Lemah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, selepas terjejas oleh prestasi lemah minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi kukuh di pasaran tunai pendasar.

Industri Sawit Kekal Stabil Pada 2026, Tumpu R&D Dan Peningkatan Hasil – Johari

BANGI, 16 Dis (Bernama) -- Industri sawit negara dijangka kekal stabil dan berdaya saing pada tahun depan, didorong oleh usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berterusan, hasil serta amalan mampan yang dipertingkatkan sejajar dengan keperluan pasaran global.

RUU Pekerja Gig Malaysia 2025 Capai Penanda Aras Baharu, Lindungi 1.2 Juta Pekerja

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Ekonomi gig Malaysia mencatatkan prestasi yang lebih baik pada 2025 berbanding 2024, dipacu oleh momentum ekonomi yang positif dan pendekatan dasar yang menyokong, namun kemuncaknya tidak dapat dinafikan lagi iaitu kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025.

KPE TNB Antara Tokoh Korporat Terima Anugerah Penganjuran Sulung “MADANI Business Awards 2025"

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan merupakan antara tokoh korporat, usahawan dan entiti korporat yang menerima pengiktirafan pada penganjuran sulung MADANI Business Awards 2025, apabila beliau dinobatkan sebagai penerima Anugerah “MADANI Best CEO of the Year” baru-baru ini.