Eksport Minyak Sawit Malaysia Naik 0.93 Peratus Kepada 1.54 Juta Tan Pada September -MPOB
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melaporkan eksport minyak sawit pada September 2024 menyaksikan sedikit peningkatan iaitu 0.93 peratus kepada 1.54 juta tan metrik daripada 1.53 juta tan metrik pada Ogos 2024.