Terdapat 943 berita berdasarkan kata kunci carian " ekuiti "

Bursa Malaysia Ditutup Tidak Berubah Susulan Ketidaktentuan Global Berterusan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tidak berubah di tengah-tengah pasaran keseluruhan yang bercampur-campur apabila pelabur kekal berada di luar pasaran susulan ketidaktentuan global yang berterusan.

KWAP Lancar Dana Iklim+ RM2 Bilion Percepat Peralihan Sifar Bersih Karbon Negara

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) - Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melancarkan dana pelaburan Dana Iklim+ dengan sasaran penggunaan RM2 bilion untuk mempercepat peralihan Malaysia ke arah ekonomi rendah karbon dan mampu bertahan impak perubahan iklim.

Bursa Malaysia Teruskan Momentum Meningkat Pada Akhir Dagangan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatannya apabila ditutup lebih tinggi hari ini, seiring prestasi memberangsangkan pasaran serantau susulan aktiviti memburu saham-saham berharga rendah di pasaran meluas.

TNB Majukan Grid Kuasa ASEAN Dengan Saling Sambung Tenaga Boleh Baharu Rentas Sempadan

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) — Tenaga Nasional Bhd (TNB) di bawah inisiatif grid kuasa ASEAN (APG) sedang mengukuhkan saling sambung rentas sempadan untuk memastikan bekalan elektrik mesra alam dapat dibekalkan ke seluruh rantau ini.

Ringgit Dijangka Meningkat Ke Paras RM3.93 Berbanding Dolar AS Pada Pertengahan 2026

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -  Ringgit dijangka meningkat ke paras RM3.93 berbanding dolar AS menjelang pertengahan 2026, disokong oleh asas ekonomi domestik yang kukuh dan pembaharuan fiskal serta kelemahan dolar AS, kata MARC Ratings Bhd.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Petunjuk Tidak Menentu Dari Wall Street

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi pada Rabu, didorong petunjuk daripada Wall Street yang tidak menentu apabila pelabur menilai perkembangan terkini berkaitan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Saat Akhir Berikutan Pelabur Berhati-hati

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia yang mencatatkan kenaikan awal ditutup rendah pada Selasa dipengaruhi jualan pada saat akhir dalam beberapa kaunter wajaran tinggi terpilih apabila pelabur menjadi lebih berhati-hati di tengah-tengah aliran penurunan serantau.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Wall Street

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi positif semalaman Wall Street.

Belajawan 2026 Dijangka Beri Impak Positif Kepada Pasaran Ekuiti - CIMB Securites

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Pasaran ekuiti Malaysia dijangka menerima kesan positif daripada Belanjawan 2026, memandangkan ketiadaan kejutan negatif atau langkah cukai baharu yang boleh meningkatkan kos perniagaan, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan berikutan pelabur menunggu pengumuman data ekonomi global utama.

Inti Pati Belanjawan 2026

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) – Berikut merupakan inti pati Belanjawan 2026 bertemakan ‘Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat’ yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat, hari ini.

PuTERA35: RM2.4 Bilion Diperuntuk Untuk Kontraktor G1-G4 Bumiputera - PM Anwar 

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Sebanyak RM2.4 bilion diperuntukkan khusus untuk kontraktor bumiputera kelas G1 hingga G4 bagi memacu agenda ekonomi bumiputera melalui Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35).