Terdapat 1905 berita berdasarkan kata kunci carian " hasil "

212,543 Pembayar Cukai Kemuka Lebih Satu Bilion Transaksi e-Invois Hingga 23 Februari 

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Sebanyak 212,543 pembayar cukai telah mengemukakan lebih satu bilion transaksi e-Invois secara keseluruhan sejak 2024 sehingga 23 Feb 2026, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong. 

Petronas Chemicals Catat Rugi Bersih RM2.14 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM2.14 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 daripada untung bersih sebanyak RM1.17 bilion yang dicatatkan tahun sebelumnya.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Ambil Petunjuk Prestasi Lemah Wall Street

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman di Wall Street.

LKAN: 24 Syarikat Subsidiari Lima Agensi Persekutuan Rugi Tiga Tahun Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Sebanyak 24 daripada 42 syarikat subsidiari bagi lima Agensi Persekutuan telah merekodkan kerugian tiga tahun berturut-turut dari 2022 hingga 2024, menurut Laporan Ketua Audit Negara 1/2026 yang dikeluarkan hari ini.

Inisiatif Pendigitalan Bantu Langkah Pengukuhan Hasil -- MOF

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Inisiatif pendigitalan telah membantu kerajaan melaksanakan pelbagai langkah pengukuhan hasil termasuk semakan semula kadar cukai, perluasan asas hasil, penambahbaikan pentadbiran cukai dan pengurangan dalam ketirisan kutipan hasil, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM209.26 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Pos Malaysia Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM209.26 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 berbanding kerugian bersih RM202.67 juta pada tahun kewangan 2024.

FTA Malaysia-kesatuan Eropah Cipta Peluang Perniagaan Baharu Firma Austria, Malaysia - Duta

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) yang dijangka dimuktamadkan menjelang 2026-2027 akan mewujudkan peluang besar kepada syarikat Austria dan Malaysia untuk memperkukuh kerjasama.

Untung Bersih Kossan Rubber Industries Naik Ke RM151.31 Juta Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Untung bersih Kossan Rubber Industries Bhd melonjak kepada RM151.31 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025, berbanding RM118.34 juta pada tahu sebelumnya.

Aset Agensi Persekutuan Cecah RM2.838 Trilion Pada 2024, Liabiliti Naik 0.1 Peratus

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Kedudukan aset bagi 143 daripada 145 Agensi Persekutuan meningkat 5.5 peratus kepada RM2.838 trilion pada 2024 berbanding RM2.690 trilion bagi tahun sebelumnya, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Itramas Anggap Tarif AS Masih Terkawal, Perhebat Rundingan Pembuatan Di AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Itramas Corporation Sdn Bhd menganggap cadangan tarif global Amerika Syarikat (AS) sebanyak 15 peratus masih terkawal bagi sektor tenaga boleh baharu (TBB), sekali gus membuka ruang kepada syarikat itu mempercepat peluasan ke pasaran AS menerusi pelaburan pembuatan hiliran.

RM6.2 Bilion Bayaran Balik Lebihan Cukai Libatkan 95,282 Kes Selesai Sehingga 18 Feb - Liew

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Sebanyak RM6.2 bilion bayaran balik lebihan cukai bagi tahun taksiran 2023 telah diselesaikan melibatkan 95,282 kes sehingga 18 Februari lepas, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.

NIMP 2030 Integrasi Penanda Aras Berkualiti Terhadap Penciptaan Pekerjaan Bernilai Tambah

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 mengintegrasikan penanda aras kualiti yang jelas dengan memfokuskan semula sasaran pekerjaan kepada penciptaan pekerjaan bernilai tambah yang lebih tinggi, kata seorang ahli ekonomi.