1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Malaysia telah menarik sebanyak RM285.2 bilion dalam pelaburan diluluskan dari Januari hingga September 2025 (9B 2025), peningkatan 13.2 peratus tahun ke tahun berbanding tempoh yang sama pada 2024.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Disiplin fiskal dan pengurusan ekonomi negara yang teratur mendorong ringgit mencatatkan prestasi terbaik di seluruh Asia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1bulan ago
ISKANDAR PUTERI, 18 Nov (Bernama) -- Johor terus mencatatkan jumlah pelaburan komited tertinggi sebanyak RM91.1 bilion sehingga suku ketiga 2025, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri Lee Ting Han.
1bulan ago
KOTA KINABALU, 17 Nov (Bernama) -- Kerajaan sedang memperhalusi beberapa cadangan pelaburan berteknologi tinggi di Sabah termasuk dalam sektor semikonduktor bagi memastikan negeri itu tidak menjadi hab pemasangan (assembly hub) semata-mata.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih MNRB Holdings Bhd untuk suku kedua tahun kewangan 2026 yang berakhir pada 30 Sept 2025 melonjak kepada RM112.26 juta berbanding RM92.74 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.
1bulan ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Penyediaan sistem tenaga yang selamat dan sedia masa depan bukan sahaja mengenai infrastruktur fizikal semata-mata tetapi ia turut melibatkan kecerdasan, sambungan dan modal insan yang menjananya, kata Ketua Pegawai Maklumat Tenaga Nasional Bhd, Azlan Ahmad.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), dengan kerjasama Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC), meraih eksport bernilai RM177.56 juta melalui program penyumberan antarabangsa yang diadakan sempena Ekspo Kayu Malaysia (MWE) 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Malaysia menyasar untuk menerajui pembangunan sistem tenaga yang terjamin, mampu milik dan rendah karbon di Asia Tenggara dengan menggabungkan dasar yang stabil, projek boleh labur, infrastruktur moden serta modal insan berkemahiran.
1bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri peningkatan semalam dengan ditutup rendah pada Jumaat, seiring kelemahan prestasi serantau susulan penurunan di Wall Street, akibat kebimbangan baharu terhadap penilaian tinggi saham teknologi serta ketidaktentuan hala tuju dasar Rizab Persekutuan AS (Fed).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Syarikat minyak dan gas nasional, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah mengumumkan bahawa projek gas asli di Suriname dianggap berdaya maju secara komersial.
1bulan ago
SEPANG, 14 Nov (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan mengaktifkan pelan tindakan komprehensif (CAP) bermula esok bagi meningkatkan kebolehpercayaan dan daya tahan sistem Aerotrain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS untuk sesi ke-10 berturut-turut pagi ini, meneruskan peningkatan menjelang data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga 2025 Malaysia dijadual akan dikeluarkan tengah hari, hari ini kata seorang penganalisis.