6bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Shell akan menambah pelaburan melebihi RM9 bilion dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang di Malaysia sekali gus bakal mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Kesalinghubungan global berdepan tekanan berikutan ketidaktentuan yang meningkat, menjejaskan kebolehjangkaan, kebolehpercayaan serta kestabilan sistem perdagangan dan ekonomi global sedia ada, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Keyakinan pelabur, termasuk di pasaran tempatan, terus diasak tekanan dalam senario perdagangan global yang goyah selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan hasrat menghantar surat perincian tarif sepihaknya kepada rakan dagang dalam tempoh dua minggu ini, sekali gus memburukkan lagi ketidaktentuan ekonomi.
7bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pelaburan yang diluluskan di Malaysia pada suku pertama 2025 membuktikan ketahanan ekonomi serta daya tarikan berterusan negara sebagai destinasi pelaburan walaupun terdapat ketidaktentuan global yang berterusan, kata para penganalisis ekonomi.
7bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pertumbuhan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) Malaysia pada April 2025, didorong terutamanya sektor pembuatan yang teguh, mencerminkan permintaan agregat yang kukuh dan daya hidup industri,” kata pakar ekonomi.
7bulan ago
JOHOR BAHRU, 11 Jun (Bernama) -- Lebih 100 peserta antarabangsa dari Jepun, Singapura, Korea Selatan, Eropah dan negara-negara ASEAN sudah mengesahkan penyertaan bagi menghadiri Nikkei Forum Medini Johor 2025 yang akan berlangsung pada 18 hingga 19 Jun ini.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Affin Group mula menyertai pasaran bon dolar AS dengan terbitan nota kanan tanpa cagaran dengan nilai nominal sebanyak US$300 juta (RM1.27 bilion) di bawah program nota jangka sederhana euro (EMTN) berjumlah US$2 bilion (RM8.46 bilion).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mencatatkan potensi pelaburan bernilai RM4.68 bilion dari Jepun di Expo 2025 Osaka.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) -- Mata wang ASEAN dijangka terus meningkat tahun ini apabila pelabur global bertindak menjauhi daripada pendedahan kepada Amerika Syarikat (AS), kata Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) hari ini.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Master Tec Group Bhd bercadang memindahkan penyenaraiannya ke Pasaran Utama Bursa Malaysia dalam tempoh kurang daripada dua tahun selepas penampilan sulung syarikat itu di Pasaran ACE pada Januari 2024.
7bulan ago
KOTA KINABALU, 30 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pemain industri minyak dan gas memainkan peranan melatih lebih ramai anak muda Sabah di peringkat universiti serta sekolah vokasional melalui program berkaitan sebagai usaha memenuhi keperluan pasaran kerja sektor.
7bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, didorong oleh keyakinan pelabur yang lebih baik terhadap mata wang pasaran sedang pesat membangun selepas sebuah mahkamah di Amerika Syarikat (AS) menghentikan sementara keputusan untuk menyekat sebahagian besar tarif import era Trump, kata penganalisis.