9bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Data daripada tinjauan PropertyGuru 2024 menunjukkan 77 peratus daripada rakyat Malaysia mengambil kira risiko iklim apabila membeli rumah.
9bulan ago
Daripada Muhammad Muzammil Abdullah
JEJU (Korea Selatan), 14 Mei (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengetuai delegasi Malaysia ke Jeju, Korea Selatan untuk menyertai Mesyuarat Menteri-Menteri Bertanggungjawab Mengenai Perdagangan (MRT) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) kali ke-31.
9bulan ago
CAMBRIDGE, 9 Mei (Bernama) -- Tindakan Amerika Syarikat (AS) mengurangkan tarif ke atas kereta dan keluli British sekali lagi menjadi topik utama di seluruh United Kingdom (UK) pada Khamis.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengetuai delegasi dalam misi ekonomi dan teknikal rasmi ke Kenya dari 6 hingga 8 Mei depan.
9bulan ago
Oleh Nor Farah Aqilah Mohd Sham
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Gamai Sdn Bhd, syarikat pengeluar latok segera iaitu juadah rumpai laut yang turut dikenali sebagai anggur laut menyasarkan untuk mengeksport produk itu ke Filipina dan Singapura tahun depan setelah mendapat perhatian peminat makanan tradisional di dalam dan luar negara.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Kosovo, negara Balkan yang dikelilingi daratan, mempelawa pelaburan dari Malaysia dalam pelbagai sektor termasuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), tenaga boleh baharu serta pembuatan, kata Presidennya Dr Vjosa Osmani Sadriu.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 2.75 peratus pada 9 Julai 2025, sebelum mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Mei.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Kebenaran perancangan telah diberikan untuk fasa pembangunan semula Battersea Power Station yang seterusnya di London, pencapaian penting dalam pembangunan seluas 16.99 hektar (42 ekar) itu.
9bulan ago
GEORGE TOWN, 1 Mei (Bernama) -- Pulau Pinang menyambut baik penerbangan terus Sichuan Airlines yang pertama dari Chengdu, menandakan satu langkah penting ke depan dalam mengukuhkan kerjasama ekonomi dan pertukaran budaya antara Malaysia dan China.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) — Malaysia sedang meninjau peluang di pasaran pesat membangun, termasuk China dalam mengembangkan industri halal pada tahun ini.
9bulan ago
KUCHING, 30 April (Bernama) -- Pembekal perkhidmatan telekomunikasi bakal disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia, Reach Ten Holdings Bhd bekerjasama dengan CelcomDigi Bhd untuk menyediakan liputan selular kepada komuniti luar bandar melalui penggunaan tenaga dan kos rendah serta perkhidmatan stesen pangkalan sel kecil high data load.
9bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR,27 April (Bernama) -- Malaysia bercadang mewujudkan Majlis Halal ASEAN dan cadangan itu akan dibawa ke peringkat Sekretariat ASEAN untuk dimuktamadkan secara rasmi bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam industri halal serantau.