BERITA TERKINI   STR Fasa 1 tahun 2026 disalurkan mulai 20 Jan, beri manfaat kepada lima juta penerima - PMO | Kadar perbelanjaan bantuan SARA capai 100 peratus tahun lepas, bukti keberkesanan kepada rakyat - PMO | Pelaksanaan bantuan, subsidi bersasar bantu sokong kuasa beli golongan memerlukan - PMO | Kadar pengangguran negara mencatat 2.9 peratus, terendah dalam tempoh 11 tahun - PMO | Pendidikan yang baik bukan sekadar lahirkan insan cemerlang akademik tetapi juga berakhlak, beradab dan bertanggungjawab - PM Anwar | 

Terdapat 1489 berita berdasarkan kata kunci carian " persekutuan"

Kerajaan Komited Terus Turunkan Hutang Baharu 2025 Dengan Unjuran RM75 Bilion - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Kerajaan komited untuk terus menurunkan hutang baharu 2025 dengan unjuran kira-kira RM75 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringgit Dibuka Kukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan sekumpulan mata wang utama hari ini, disokong oleh jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) susulan data ekonomi negara maju itu yang lemah memberi tekanan kepada dolar.

Harga Emas Kekal Kukuh, Namun Belum Atasi Paras Sasaran US$5,000 Setiap Auns Troy

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Pada Mac lepas, Bernama melaporkan bahawa harga emas berpotensi melonjak menghampiri paras US$5,000 bagi setiap auns troy, dan ternyata logam berharga itu sebenarnya sudah pun memecahkan rekod pada kadar yang tidak dijangka.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan sentimen menghindari risiko menguasai pasaran, dengan para pelabur beralih kepada logam berharga itu menjelang potensi penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) penghujung bulan ini.

Ringgit Ditutup Mendatar Berbanding Dolar AS Menjelang Mesyuarat FOMC Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) – Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS hari ini berikutan peniaga mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) minggu depan.

Sarawak Mahu Terlibat Dalam Projek SALAM - Julaihi

KUCHING, 1 Dis (Bernama) -- Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi berharap kerajaan Persekutuan dapat memberi ruang kepada syarikat telekomunikasi negeri ini untuk turut terlibat dalam pelaksanaan projek Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM).

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Indeks Utama Naik 1.09 Peratus

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih tinggi dengan indeks utama itu meningkat 1.09 peratus, seiring prestasi kebanyakan pasaran serantau yang turut mencatat kenaikan menjelang pengumuman beberapa data penting.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seiring Kenaikan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, menjejaki peningkatan di Wall Street pada Jumaat berikutan sentimen keseluruhan telah didorong oleh jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan pada Disember, dengan kebanyakan pelabur menjangka penurunan selanjutnya sebanyak 25 mata asas.

Ringgit Dibuka Tidak Berubah Berikutan Peniaga Menanti Keputusan FOMC

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS hari ini berikutan peniaga mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) minggu depan.

Legoland Malaysia Sedia Terima Lonjakan Pengunjung Menjelang TMJ 2026, VM 2026

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

ISKANDAR PUTERI, 30 Nov (Bernama) -- Legoland Malaysia Resort sedang memperkukuh kapasiti operasi dan menaik taraf fasilitinya berikutan menjangka peningkatan ketibaan pelancong menjelang Tahun Melawat Malaysia (VM) dan Tahun Melawat Johor (TMJ) 2026.

Belian Semasa Harga Rendah Dijangka Rangsang Bursa Malaysia Minggu Depan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka menyaksikan aktiviti pembelian saham berharga rendah minggu depan selepas tidak mengalami banyak perubahan baru-baru ini berikutan pelabur menilai semula sentimen pasaran sementara menunggu petunjuk makroekonomi global yang utama.

Ringgit Dijangka Terus Meningkat Pada 4.12-4.14 Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka terus mengukuh, diniagakan dalam julat 4.12 hingga 4.14 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan ketika peniaga dan pelabur kekal berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (Fed) AS pada Disember ini.