1bulan ago
PUTRAJAYA, 7 Dis (Bernama) -- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) akan melakar sejarah baharu dengan mewujudkan program sukuk pertamanya yang diberi penarafan, pada tahun depan seterusnya menjadi satu langkah strategik yang bertujuan memperluas ekosistem pendanaannya di samping menyokong usaha kerajaan dalam menguruskan liabiliti negara secara berhemat.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Sektor maritim Malaysia sedang “berlayar” menuju ke penamat 2025 dalam keadaan yang “berombak”, dengan subsektor seperti pelabuhan melakarkan prestasi paling cemerlang didorong oleh peluasan rangkaian pemindahan ke kapal melalui kerjasama rakan antarabangsa.
1bulan ago
SEREMBAN, 6 Dis (Bernama) -- Pembangunan berorientasi transit, Seremban Sentral, dijangka menjana perolehan perniagaan bernilai RM300 juta setahun dan mencipta kira-kira 2,500 peluang pekerjaan baharu pelbagai bidang sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Sembilan menjadi hab bandar moden dan berdaya saing.
1bulan ago
GENTING HIGHLANDS, 5 Dis (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mencadangkan penubuhan pasukan petugas kebangsaan yang diketuai Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam untuk memastikan Malaysia membangunkan rangka kerja kredit karbon berasaskan kelapa sawit.
1bulan ago
KOTA KINABALU, 4 Dis (Bernama) -- Timbalan Ketua Menteri III Sabah merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah Datuk Ewon Benedick menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di kementeriannya berusaha meningkatkan pendapatan supaya dapat memberikan dividen tinggi kepada kerajaan.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 4 Dis (Bernama) -- China Southern Airlines akan meningkatkan penerbangan terus Guangzhou–Pulau Pinang daripada dua kepada tiga perkhidmatan harian bermula 28 Disember, sekali gus mengukuhkan kesalinghubungan udara menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- PSP Energy Bhd menyasarkan untuk memperluas perniagaan bahan api marinnya dengan pembangunan hab bunkering di Pelabuhan Tanjung Bruas, Melaka.
1bulan ago
PETALING JAYA, 4 Dis (Bernama) -- Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd menjangka model Proton Saga MC3 yang baru dilancarkan akan menjadi model segmen-A terkemuka dalam pasaran ASEAN tahun depan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengalu-alukan pelantikan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai pengerusi baharu berkuat kuasa serta-merta.
1bulan ago
KOTA KINABALU, 3 Dis (Bernama) -- Kerajaan Sabah yang baru dibentuk pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 dijadualkan membentangkan Belanjawan Sabah 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 12 Disember ini.
1bulan ago
JOHOR BAHRU, 3 Dis (Bernama) -- JLand Group Sdn Bhd (JLG) menyasarkan pelaburan bernilai kira-kira RM40 bilion dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi fasa kedua projek pembangunan pusat data yang dikenali sebagai StepWest.
1bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Lonjakan permintaan perjalanan udara antara Afrika dan Asia yang semakin melonjak mendorong Ethiopian Airlines memperkukuh operasinya di rantau Asia Pasifik (APAC) dengan Malaysia muncul sebagai satu daripada pasaran paling pesat berkembang.