Terdapat 267 berita berdasarkan kata kunci carian " perubatan"

Ujian Tekanan Kesolvenan Tunjukkan Sistem Perbankan Miliki Daya Tahan Tinggi

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ujian tekanan kesolvenan dan mudah tunai terus menunjukkan bahawa bank-bank kekal memiliki daya tahan yang tinggi untuk menghadapi kejutan makroekonomi, kewangan dan mudah tunai yang teruk.

Keuntungan Insurans Hayat, Takaful Saksikan Penurunan Separuh Masa Kedua 2024

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Keuntungan dana insurans hayat dan takaful keluarga pada separuh kedua 2024 menurun kepada RM4.1 bilion berbanding separuh masa pertama iaitu RM8.4 bilion ,  didorong oleh keuntungan bersih belum direalisasikan yang lebih rendah daripada portfolio pelaburan.

Pembiayaan Islam Naik Kepada RM1.13 Bilion, Pertumbuhan Takaful Sederhana - BNM

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Industri perbankan Islam dan takaful Malaysia terus mencatat pertumbuhan positif pada 2024 dengan sumbangan industri perbankan Islam dalam keseluruhan sistem kewangan meningkat kepada 46.6 peratus tahun lepas berbanding 45.6 peratus pada 2023.

Rakan KKM, Hospital Bukan Berasaskan Untung Bantu Tangani Kos Perubatan - BNM

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) – Langkah meningkatkan bilangan katil hospital mampu milik serta menggalakkan pengembangan hospital bukan berasaskan keuntungan, dapat membantu mengurangkan kos insurans dan perubatan serta pemegang polisi terbabit.

Qube Umum Persidangan Farmaseutikal Dan Penjagaan Kesihatan Asia Tenggara 2025 Pada April

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd, penganjur SEACare 2025 mengumumkan penganjuran Persidangan Farmaseutikal dan Penjagaan Kesihatan Asia Tenggara 2025 yang julung kali diadakan dari 23 hingga 25 April ini.

RMK-13 Teruskan Dasar Bersepadu, Fokus Industri HGHV - Rafizi

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Kementerian Ekonomi akan memastikan dasar bersepadu dan bersesuaian yang memberi tumpuan kepada industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) diteruskan dalam penyediaan Dokumen Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13).

Affin Bank, MUFG Malaysia Memeterai MoU Perkongsian Strategik

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Affin Bank Bhd telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan MUFG Bank (Malaysia) Bhd untuk memupuk kerjasama perniagaan dan memacu peluang pertumbuhan bersama. 

Penyelesaian Jangka Panjang Kawal Inflasi Kos Perubatan Sedang Ditangani Segera - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) serta pihak berkepentingan sedang bekerjasama untuk menyegerakan pelaksanaan penyelesaian jangka panjang bagi mengawal inflasi kos perubatan dengan berkesan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

KMI Healthcare, BSHSB Meterai Perjanjian Bagi Bina, Pajak Hospital 100 Katil Di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI Healthcare), anak syarikat TDM Bhd memeterai perjanjian bina dan pajak dengan Bertam Specialist Hospital Sdn Bhd (BSHSB) bagi membangunkan hospital berkapasiti 100 katil di Bertam, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Perbezaan Caj Hospital Swasta Jadikan Insurans Perubatan Tidak Mampan - NAMLIFA

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Persatuan Kebangsaan Insurans Hayat Malaysia dan Penasihat Takaful Keluarga (NAMLIFA), menggesa kerajaan untuk menangani isu perbezaan harga ketara antara pesakit yang mempunyai polisi insurans dengan mereka yang membayar secara tunai di hospital swasta.

Papar Kos Purata Prosedur, Rawatan Biasa Antara Syor Persatuan Insurans Kepada PAC

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Tiga persatuan utama insurans negara telah mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi meningkatkan kemampuan, ketelusan serta kemampanan dalam sektor penjagaan kesihatan dan insurans Malaysia.

Malaysia Komited Teroka Cara Baharu Lonjak Perdagangan, Pelaburan Dengan Cuba

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Malaysia kekal komited dan mempelawa cadangan baharu mengenai cara untuk merealisasikan sepenuhnya potensi perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Cuba.