Terdapat 4019 berita berdasarkan kata kunci carian " sektor"

Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang Antara 4.3 Hingga 4.5 Peratus Pada 2026, Didorong Permintaan Domestik - IPPFA

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 4.3 hingga 4.5 peratus pada 2026, mencerminkan peralihan semakin jelas ke arah pertumbuhan disokong oleh penggunaan isi rumah, aktiviti sektor perkhidmatan dan pembentukan pendapatan dalaman.

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih rendah, dipengaruhi oleh penjualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran sentimen pasaran serantau yang memberangsangkan.

Indeks Pelopor Malaysia Naik 3.6 Peratus Pada Oktober 2025 -- DOSM

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Prestasi tahunan Indeks Pelopor (IP) pada Oktober 2025 lebih memberangsangkan dengan mencatatkan kenaikan 3.6 peratus kepada 116.2 mata daripada 112.2 mata pada tempoh yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pertumbuhan KDNK Malaysia Dijangka Sederhana Kepada 4.2 Peratus Pada 2026 - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 2026 dijangka sederhana kepada 4.2 peratus daripada anggaran sebanyak 4.8 peratus pada 2025, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

FBM KLCI Dibuka Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung Walaupun Pasaran Meluas Kukuh

KUALA LUMPUR, 23 Dis -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini disebabkan pelabur mengambil keuntungan berikutan prestasi kukuh semalam, manakala pasaran lebih luas kekal pada kedudukan lebih kukuh, menjejaki petunjuk semalaman yang positif daripada Wall Street.

Infrastruktur Digital Kukuh Malaysia Tarik Pelaburan Ke Dalam Negara - Fahmi 

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) - Infrastruktur digital Malaysia yang kukuh serta kestabilan politik dan dasar kerajaan telah memacu pelaburan teknologi dan digital ke dalam negara, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Citaglobal Peroleh Dua Kontrak Pembinaan Bernilai RM82.72 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Syarikat milik penuh Citaglobal Bhd, Citaglobal Land Sdn Bhd memperoleh dua kontrak pembinaan daripada UDA Land (South) Sdn Bhd dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bernilai RM82.72 juta.

Bursa Malaysia Teruskan Kenaikan Disokong Aktiviti Memperelok Akaun

KUALA LUMPUR, Dec 22 (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin, kekal hampir di paras tertinggi dalam tempoh 15 bulan seiring dengan prestasi kebanyakannya positif di pasaran serantau serta disokong oleh aktiviti memperelokkan akaun akhir tahun.

RHB IB Jangka Pertumbuhan Sektor Solar Dipacu EPCC, Hasil CGPP Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menjangkakan sektor solar berkembang tahun depan, didorong oleh sumbangan lebih tinggi daripada aktiviti kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC).

Indeks Sentimen SME Naik Kepada 56.8 Pada Separuh Kedua 2025

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Indeks Sentimen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) meningkat kepada 56.8 pada separuh kedua 2025 (2H 2025) berbanding 55.1 pada separuh pertama 2025 (1H 2025), mencerminkan momentum ekonomi yang lebih kukuh serta peningkatan tahap keyakinan merentasi landskap perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di seluruh negara.

Tekanan Jualan Sederhana Asak Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan awal Isnin dengan lebih rendah susulan tekanan jualan sederhana membabitkan saham wajaran tinggi terpilih selepas pasaran mencatat keuntungan, sebelum ini.

Institusi Tempatan Teruskan Aliran Belian Untuk Minggu Kelima

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan aliran belian mereka untuk minggu kelima berturut-turut dengan aliran masuk bersih berjumlah RM508.6 juta manakala peruncit tempatan mencatatkan aliran keluar bersih untuk minggu ketiga berturut-turut sebanyak RM145.3 juta.