8bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, berikutan tindak balas kerajaan terhadap kesan tarif timbal balik daripada AS, kata seorang penganalisis.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit tetapi beralih kepada tinggi kemudiannya pada Isnin, didorong oleh sentimen positif aliran masuk dana oleh pelabur asing sepanjang minggu lepas, kata penganalisis.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada Isnin berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu rendah, didorong oleh sentimen berhati-hati daripada Rizab Persekutuan AS mengenai kadar faedah dan perkembangan baharu perdagangan berkaitan China yang menyokong mata wang tempatan, kata penganalisis.
8bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka meneruskan aliran meningkatnya minggu depan, disokong oleh landskap ekonomi global yang bertambah baik serta kembalinya semula pembelian asing ke bursa tempatan.
8bulan ago
SHAH ALAM, 2 Mei (Bernama) -- Koperasi Tabung Haji Berhad (KTHB) meneroka sektor digital patuh syariah menerusi pelancaran platform e-dagang gaya hidup Muslim berteraskan ekosistem halal dikenali sebagai Haqqi Mall.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal bercampur-campur pada tengah hari ini dalam dagangan berhati-hati walaupun prestasi menggalakkan dalam pasaran serantau berikutan kenaikan semalaman di Wall Street.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat berikutan pelabur kembali selepas cuti dengan minat yang berkurangan, mengabaikan kenaikan semalaman di Wall Street yang didorong oleh pendapatan kukuh daripada Microsoft dan Meta.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan denda sejumlah RM35,000 dalam bentuk penalti monetari pentadbiran (AMP) ke atas Merchantrade Asia Sdn Bhd dan JAGS Money Sdn Bhd.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Hari ini menandakan berakhirnya tempoh perkhidmatan Nik Mohamed Din Nik Musa sebagai Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil antara RM4.37 hingga RM4.38 minggu depan berikutan pasaran memfokuskan kepada pelbagai pengumuman data utama Amerika Syarikat (AS), kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
8bulan ago
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 23 April (Bernama) -- Singapura akan mengadakan Pilihan Raya Umum pada 3 Mei ini dengan 92 daripada 97 kerusi Parlimen akan dipertandingkan, susulan kemenangan tanpa bertanding di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) baharu Marine Parade–Braddell Heights oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP).
8bulan ago
KUALA TERENGGANU, 17 April (Bernama) -- Sebanyak 160 koperasi yang bergiat dalam sektor pelancongan menerima insentif di bawah program Jom Jelajah Koperasi (JEJAK) yang dilancarkan Mei tahun lepas.