2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Eversendai Offshore telah memulakan kerja-kerja fabrikasi bagi projek LanWin2 yang diperoleh sebelum ini daripada Dragados Offshore, Sepanyol, bersama-sama dengan projek BalWin3 dan LanWin4.
2bulan ago
Oleh Niam Seet Wei
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Pengesahan kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di sini, yang dijadual tiba beberapa hari lagi, dijangka membawa pengumuman besar, kata ahli ekonomi.
2bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) melakarkan kemajuan yang baik dalam hubungan dua hala, dibuktikan dengan pengesahan kehadiran Presiden AS Donald Trump di Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.5 peratus pada September 2025 dengan mata indeks mencatatkan 135.2 berbanding 133.2 pada tempoh sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) sektor automotif Malaysia susut 22 peratus kepada 58,490 unit pada September daripada 74,479 unit pada Ogos, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
2bulan ago
SIBU, 21 Okt (Bernama) -- Transformasi industri getah Sarawak menerusi kerjasama komuniti dan korporat akan membuka lembaran baharu dalam memperkukuh sektor komoditi di negeri ini, kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menjangkakan harga minyak sawit kekal stabil melebihi RM4,400 setan menjelang akhir 2025, di tengah-tengah harga minyak mentah yang lemah dan inventori minyak sayuran yang tinggi di pasaran pengguna utama seperti China dan India.
2bulan ago
PUTRAJAYA, 19 Okt (Bernama) -- Berdasarkan data kerajaan, kuota subsidi petrol sebanyak 300 liter yang disediakan di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) mencukupi untuk kegunaan peribadi biasa, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka kekal dalam keadaan tidak banyak berubah minggu depan berikutan pelabur terus berwaspada ketika peningkatan ketidaktentuan pasaran serta kebimbangan yang berlarutan mengenai perdagangan global.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah, dijejaskan oleh kelemahan serantau, menjejaki petunjuk negatif Wall Street dalam tempoh semalaman dalam keadaan kebimbangan mengenai tarif dan bank-bank Amerika Syarikat (AS).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Perdagangan Malaysia terus menunjukkan pengukuhan pada September 2025, mengembang sebanyak 9.8 peratus tahun ke tahun kepada RM257.51 bilion, iaitu kembali meningkat daripada penguncupan dicatatkan pada bulan sebelumnya meskipun berdepan ketidaktentuan perdagangan global.
2bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives pulih daripada penurunan dua hari berturut-turut dengan ditutup kebanyakannya tinggi pada Rabu.