BERITA TERKINI   Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong akan dilaksanakan kerajaan dengan tegas - PM Anwar | PM Anwar zahir penghargaan kepada petugas jayakan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 | 

Terdapat 391 berita berdasarkan kata kunci carian " timur tengah"

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah seiring dengan prestasi lemah di seluruh rantau ini, kata penganalisis.

PM Anwar Seru Nilai Kemanusiaan Teras Dalam Pembangunan Ekonomi, Teknologi

ISKANDAR PUTERI, 19 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru pertumbuhan ekonomi berlandaskan etika, budaya dan kemanusiaan walaupun negara sedang memanfaatkan kemajuan teknologi yang pesat.

HLIB Kekalkan Unjuran BNM Turun OPR 2.75 Peratus Pada Separuh Kedua 2025

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) mengekalkan unjuran bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 2.75 peratus dalam separuh kedua 2025 atas faktor keperluan ekonomi.

Kenanga IB Jangka Tarif AS Beri Kesan Terhad Ke Atas Scientex

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menjangkakan Scientex Bhd hanya menerima kesan langsung yang minimum daripada ancaman tarif Amerika Syarikat (AS). 

Perbincangan Tarif Malaysia-AS Berlangsung Dengan Amat Baik - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perbincangan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) ketika ini mengenai rancangan tarif timbal balas Washington, telah berjalan dengan lancar.

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia hampir tidak berubah pada sesi pembukaan hari ini berikutan kekurangan pemangkin baharu selepas prestasi semalaman Wall Street yang mendatar, kata penganalisis.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Anas Abu Hassan and Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi hari ini dalam situasi kebimbangan geopolitik yang berterusan dan walaupun dolar AS mengukuh selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah, kata penganalisis.

Energy Asia 2025 Ketengah Kepentingan Minyak Dan Gas Dalam Campuran Tenaga Global

Oleh Harizah Hanim Mohamed, Durratul Ain Ahmad Fuad, Zufazlin Baharuddin dan Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Di tengah-tengah lonjakan harga minyak akibat konflik Israel dan Iran, persidangan Energy Asia 2025 yang baru berakhir ini mencapai kata sepakat bahawa minyak dan gas kekal menjadi elemen penting kepada campuran tenaga global semasa krisis.

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Rabu menjelang keputusan mengenai kadar faedah Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini dan ketegangan antara Israel dan Iran yang terus meningkat.

Bursa Malaysia Ditutup Hampir Tidak Berubah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan dagangan tidak menentu hari ini dan ditutup hampir tidak berubah dengan indeks bergerak dalam jajaran kecil di tengah-tengah ketidaktentuan global, apabila para pelabur enggan mengambil pegangan jangka panjang.

Konflik Iran-Israel Beri Risiko Ekonomi Terhad Terhadap Malaysia - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Konflik Iran-Israel memberikan risiko ekonomi langsung yang terhad kepada Malaysia berikutan pendedahan perdagangan negara itu yang minimum terhadap rantau ini dan situasi sebelum ini menunjukkan kenaikan harga minyak berkaitan konflik biasanya bersifat sementara, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

Ringgit Ditutup Mendatar Berbanding Dolar AS Ketika Konflik Berterusan Di Timur Tengah

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada Selasa berikutan pelabur kekal berhati-hati dalam keadaan konflik ketenteraan yang berterusan di Timur Tengah.