Terdapat 154 berita berdasarkan kata kunci carian " tv"

Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia Perlu Utama Rakyat, Perdagangan Intra-ASEAN, Kata Pakar

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Memandangkan Malaysia bakal menjadi Pengerusi ASEAN menjelang tahun depan, ia sewajarnya menumpukan pada pelaksanaan lebih banyak langkah berpaksikan rakyat dan perdagangan intra-ASEAN, kata pakar.

Belanjawan 2025 Menyeluruh, Inklusif Kemudi Ekonomi Negara Ke Tahap Lebih Baik - Ahli Akademik

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Ramai ahli akademik berpandangan Belanjawan 2025 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam bersifat inklusif, menyeluruh dan memfokus kepada kesejahteraan rakyat secara keseluruhan dengan strategi mengemudi ekonomi negara ke tahap lebih baik. 

Belanjawan 2025: Peruntukan RM9.3 Bilion Akan Diguna Tambah Baik Kemudahan Awam - Ahmad Maslan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Peruntukan pembangunan tertinggi melebihi RM9.3 bilion yang diterima Kementerian Kerja Raya menerusi Belanjawan 2025 akan digunakan untuk menambah baik kemudahan awam terutamanya bagi penyelenggaraan jalan raya.

Laporan Ekonomi : Memastikan Murid Tamatkan Sekurang-kurangnya 11 Tahun Pendidikan Formal

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan melalui Belanjawan 2025 akan memperuntukkan sumber yang mencukupi, bagi memastikan semua kanak-kanak mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan memperluas pendidikan wajib bagi memastikan setiap murid menamatkan sekurang-kurangnya 11 tahun pendidikan formal.

MATRADE Yangon Lancar Bazar Malaysia Bagi Mencari Pasaran Baharu Indo-China

PHNOM PENH, 16 Okt (Bernama) -- Sebanyak 30 syarikat Malaysia yang menyertai pameran perdagangan pelbagai sektor anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Yangon di Myanmar, berjaya mencatatkan potensi jualan sebanyak RM39.1 juta.

Belanjawan 2025: - Sokongan Ke Atas Sektor OGSE Akan Melonjakkan Pertumbuhan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) yakin Belanjawan 2025 akan mewujudkan persekitaran yang menyokong sektor perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) untuk meneruskan trajektori pertumbuhan selepas pulih daripada tahun-tahun mencabar sebelum ini.

Belanjawan 2025: Kerajaan Dicadang Perkenal Mekanisme Pelepasan Cukai Seni Kreatif

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kerajaan disaran memperkenalkan mekanisme yang membolehkan rakyat Malaysia menikmati pelepasan cukai apabila berbelanja dalam industri seni kreatif menerusi Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan di Parlimen, Jumaat ini.

Tingkat Pelaburan Dalam AI, Pembangunan Kemahiran Dalam Belanjawan 2025 - Learning Edge

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kerajaan perlu meningkatkan pelaburan dalam teknologi yang dipacu kecerdasan buatan (AI), pembangunan kemahiran dan keterangkuman ekonomi yang lebih besar dalam Belanjawan 2025, kata Learning Edge, sebuah organisasi pembangunan bakat.

Pasaran Pakistan Berpotensi Besar Untuk Industri Digital, ICT Malaysia - Pakar

Oleh Voon Miaw Ping

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pakistan harus dilihat sebagai pasaran yang berpotensi besar untuk pemain-pemain industri digital dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Malaysia memajukan kepakaran dan produk-produk inovasi mereka.

Malaysia Perlu Tumpu Pada Pengkomputeran Hijau Untuk Tarik Pelaburan Pusat Data

Oleh Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Malaysia perlu memberikan lebih tumpuan ke atas perkakasan dan perisian pengkomputeran hijau agar seiring dengan kemajuan dalam infrastruktur teknologi maklumat (IT) jika mahu terus menarik pelaburan pusat data global.