Terdapat 2242 berita berdasarkan kata kunci carian " pertama"

Cahya Mata Sarawak Catat Pendapatan Lebih Baik RM128.19 Juta Pada Tahun Kewangan 2024

KUALA  LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS) naik 12 peratus kepada RM128.19 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 (tahun kewangan 2024) daripada RM114.44 juta pada tahun sebelumnya.

Untung Bersih Greatech Technology Meningkat Kepada RM154.99 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Greatech Technology Bhd (Greatech) meraih keuntungan bersih lebih tinggi kepada RM154.99 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis, 2024 (TK2024) daripada RM154.36 juta dalam TK2023.

EcoWorld Malaysia Peroleh Baki Kepentingan 40 Peratus Dalam PPSB

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Eco World Development Group Bhd (EcoWorld Malaysia) telah memperoleh baki kepentingan 40 peratus dalam Paragon Pinnacle Sdn Bhd (PPSB) daripada subsidiari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSPEPF), Tanjung Wibawa Sdn Bhd (TWSB) dengan harga RM184.08 juta.

ASE Dari Taiwan Buka Kilang Semikonduktor Kelima Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 18 Feb (Bernama) -- ASE Technology Holding Co Ltd dari Taiwan secara rasmi membuka kilang kelimanya di Pulau Pinang untuk pembungkusan dan ujian cip.

Forum Perniagaan Dan Ekspo Mutiara Afrika 2025 Sasar Potensi Dagangan, Pelaburan AS$5 Bilion

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Forum Perniagaan dan Ekspo Mutiara Afrika 2025 meramalkan potensi perdagangan dan pelaburan sebanyak US$5 bilion (US$1=RM4.425) termasuk dalam penerokaan minyak dan gas.

OCBC Bank Lancar Pusat Pelanggan Persendirian Premier Pertama Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- OCBC Bank (Malaysia) Bhd secara rasmi melancarkan Pusat Pelanggan Persendirian Premier OCBC di Bangsar sebagai pusat utama untuk menggandakan bilangan pelanggan premier di negara ini dalam tempoh lima tahun.

Lebih 24,000 Pembayar Cukai Guna Sistem E-Invois, Libat Pengeluaran 173 Juta E-Invois - Lim

TELUK INTAN, 18 Feb (Bernama) -- Seramai 24,700 pembayar cukai telah menggunakan sistem e-invois yang melibatkan pengeluaran sekitar 173 juta e-invois bermula dari Fasa pertama pada 1 Ogos, 2024, sehingga 13 Februari 2025. 

AEON Bank Tingkatkan Pengalaman Perbankan Digital Pelanggan Menerusi Teknologi Perlindungan Mampan

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) --  AEON Bank, bank digital Islam pertama di Malaysia, meningkatkan ciri keselamatannya dengan memperkenalkan Mobile Security Platform (MSP), teknologi perlindungan canggih yang direka bagi melindungi aplikasi perbankan mudah alih.

Lawatan Anwar Ke Bahrain Perkukuh Hubungan Dua Hala, Jemput Ke Sidang Kemuncak ASEAN

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Bahrain mencecah RM1.19 bilion (US$260 juta) pada 2024, berbanding RM1.5 bilion (US$330 juta) pada 2023.

Tidak Biarkan Mana-Mana Negara Tentukan Dasar Malaysia - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Tiada mana-mana negara boleh menentukan dasar Malaysia -- sama ada berkaitan perdagangan, pelaburan, atau hubungan luar -- kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

RichTech Digital Capai Premium 200 Peratus Menerusi IPO, Raih RM13.67 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- RichTech Digital Bhd (RichTech) berjaya mencapai premium 200 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 25 sen sesaham, meningkat kepada 75 sen dan memperoleh RM13.67 juta pada hari dagangan pertamanya di Pasaran ACE pada Isnin.

Unit Petronas Pantau Pengeluaran Minyak Dan Gas Yang Rendah Di Semenanjung

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas Energy & Gas Trading (PEGT) sedang memantau pengeluaran minyak dan gas yang rendah di Semenanjung Malaysia serta secara proaktif berkolaborasi dengan pihak berkepentingan untuk memastikan bekalan gas yang berterusan dan stabil di negara ini.