Terdapat 1844 berita berdasarkan kata kunci carian " keseluruhan"

FBM KLCI Diunjur Dalam Julat 1,600-1,610 Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengekalkan momentum pemulihannya pada beberapa minggu akan datang dengan FBM KLCI diunjurkan dalam julat antara 1,600 hingga 1,610 minggu depan, kata Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan.

BSN Komited Capai Sasaran 100 Peratus Liputan Perkhidmatan Ke Seluruh Negara

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Bank Simpanan Nasional (BSN) komited untuk mencapai sasaran 100 peratus liputan perkhidmatan ke seluruh negara, selari dengan aspirasi kerajaan MADANI. 

Ringgit Dijangka Didagangkan Dalam Julat 4.42 Hingga 4.44 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka didagangkan dalam julat 4.4275 hingga 4.4475 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, dengan sedikit kecenderungan meningkat, didorong jangkaan pengurangan kadar faedah AS pada Disember.

Untung Bersih Suku Ketiga Public Bank Naik Kepada RM1.91 Bilion

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Public Bank Bhd bagi suku ketiga (S3) tahun kewangan 2024 meningkat kepada RM1.91 bilion daripada RM1.70 bilion tahun lepas dipacu oleh pertumbuhan pinjaman dan deposit pelanggan yang sihat.

Untung Bersih RHB Bank Melonjak Kepada RM833.19 Juta Pada Suku Ketiga Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih RHB Bank Bhd (RHB Bank) melonjak kepada RM833.19 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024 berbanding RM649.95 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Aset Rizab Rasmi Malaysia Berjumlah US$117.59 Bilion Pada Akhir Oktober 2024 - BNM

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Aset rizab rasmi berjumlah US$117.59 bilion, manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$5.7 juta pada akhir Oktober 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM). 

Prestasi Suku Ketiga Jejas Saham Tnb, Susut Empat Peratus Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) susut empat peratus dalam dagangan awal pada Jumaat susulan prestasi pendapatan suku ketiga tahun kewangan 2024 syarikat itu yang lebih rendah daripada dijangkakan.

Maybank Lancar Kempen 'Mencari MAEllionaire' – Peluang Jadi Jutawan

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Maybank memperkenalkan kempen, 'Mencari MAEllionaire' yang memberi peluang kepada pelanggannya untuk memenangi hadiah lumayan RM1 juta tunai. 

Wasco Catat Untung Bersih RM25.02 Juta Bagi Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Wasco Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM25.02 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024 berbanding RM27.41 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun kewangan sebelum ini.

Kontrak Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Banjir Di Pantai Timur

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan kenaikan kukuh yang berterusan bagi hari keempat untuk ditutup tinggi pada Khamis.

CCC-ECRL Lancar Laporan ESG 2023, Serlah Komitmen Pembangunan Mampan

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL) melancarkan Laporan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) 2023, yang menekankan komitmennya terhadap pembangunan mampan dan amalan bertanggungjawab sepanjang penjajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Untung Bersih Alliance Bank Meningkat Kepada RM189.91 Juta Bagi Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd (Alliance Bank) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM189.91 juta pada suku kedua tahun kewangan berakhir Mac 2025 berbanding RM185.33 juta bagi suku sama tahun lepas.