Terdapat 297 berita berdasarkan kata kunci carian " bursa malaysia"

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini menjejaki pasaran tunai pendasar.

Ketua Pegawai Operasi Dialog Mustaffa Kamal Dinaikkan Pangkat Kepada CEO

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Dialog Group Bhd mengumumkan kenaikan pangkat Ketua Pegawai Operasinya Mustaffa Kamal Abu Bakar kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa hari ini.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Disebabkan Data Senarai Gaji AS Yang Kukuh

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin berikutan data senarai gaji Amerika Syarikat (AS) yang kukuh mendorong peniaga menjangkakan Rizab Persekutuan AS mengurangkan kadar faedah yang lebih kecil.

Bursa Malaysia Ditutup Kukuh Susulan Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) - Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini di tengah-tengah aliran meningkat serantau yang mendapat rangsangan daripada aktiviti membeli saham pada harga rendah terutamanya dalam kaunter komoditi dan barangan pengguna.  

Sorento Capital Sasar RM54.7 Juta Daripada IPO

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Penyedia penyelesaian peralatan sanitari bilik mandi dan dapur, Sorento Capital Bhd menyasar mengumpul RM57.4 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) dan merancang merekrut 200 pengedar baharu di seluruh Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, didorong oleh sentimen positif berikutan berakhirnya mogok pekerja dok di Amerika Syarikat (AS) dan data pekerjaan bulanan AS yang lebih baik daripada jangkaan, kata penganalisis.

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki kadar asas pasaran tunai.

Pelabur Asing Jual Ekuiti Bernilai RM1.1 Bilion Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Pelabur asing melepaskan pegangan ekuiti di Bursa Malaysia pada minggu lepas dengan nilai jualan bersih RM1.10 bilion, tertinggi dalam tempoh 18 minggu, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sejajar dengan prestasi Wall Street yang positif selepas senarai gaji bukan ladang Amerika Syarikat (AS) pada September mengatasi jangkaan, menunjukkan ekonomi kekal kukuh.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniaga Dengan Kecenderungan Menaik Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik di tengah-tengah kenaikan harga minyak mentah dan minyak kacang soya, kata seorang peniaga.

Konflik Timur Tengah Dijangka Kekalkan Minat Terhadap Emas

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Aliran minat terhadap kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives berkemungkinan kekal pada minggu depan susulan ketegangan di Timur Tengah.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka bergerak sejajar dengan kadar asas pasaran tunai minggu depan.