BERITA TERKINI   Kertas siasatan beberapa kes berprofil tinggi akan disiapkan dalam masa terdekat - Azam Baki | Pasangan suami isteri ditemukan maut di Jalan Brayun, Sri Aman, Sarawak, awal pagi tadi dengan kesan kecederaan serius di bahagian tubuh - Polis | Bekas Panglima Tentera Darat yang direman sebelum ini telah dibebaskan pada 12 Jan lepas - Azam Baki | Seorang lagi pegawai tinggi ATM ditahan SPRM hari ini bagi bantu siasatan kes rasuah - Azam Baki | Tuanku Muhriz zahir kebimbangan gejala rasuah semakin berleluasa, kecewa masih ada pihak beri sokongan kepada individu disabitkan bersalah | 

Terdapat 4077 berita berdasarkan kata kunci carian " baharu"

Peralihan Operasi MASwings Kepada AirBorneo Berkuat Kuasa Pada 1 Januari 2026 -- MAG

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Usaha peralihan operasi MASwings kepada AirBorneo akan berkuat kuasa pada 1 Jan, 2026, selepas selesainya proses pemindahan pemilikan di bawah perjanjian jual beli (SPA) dimeterai Malaysia Aviation Group (MAG) dan kerajaan Sarawak pada 12 Feb, 2025.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada Isnin berikutan pelabur mengambil keuntungan dalam saham wajaran tinggi berikutan prestasi indeks itu yang kukuh baru-baru ini walaupun Wall Street ditutup positif.

PHB Pacu Penyertaan Bumiputera Dalam Hartanah Sebagai Pemangkin Pembinaan Negara

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Memperluaskan penyertaan bumiputera dalam hartanah komersial merupakan tunjang penting Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) dalam agenda pembinaan negara, yang mana, PHB menjadi institusi utama untuk memacu penciptaan kekayaan dan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Saudia Sasar Tingkat Penerbangan Malaysia-Arab Saudi, Manfaatkan Peranan KLIA

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Saudia Airlines sedang mengenal pasti peluang untuk  meningkatkan kekerapan penerbangan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan destinasi utama Arab Saudi pada 2026.

Bursa Malaysia Kekal Stabil Harungi Cabaran Global, Disokong Penilaian Menarik

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Pasaran saham Malaysia pulih dan kekal stabil menjelang akhir tahun, disokong oleh penilaian menarik dan pemulihan pendapatan meskipun kegawatan perdagangan global yang tercetus akibat tarif Amerika Syarikat (AS) serta penutupan kerajaan berpanjangan yang menjejaskan sentimen pelabur.

Habib Perluas Kehadiran Jenama, Buka Bilik Pameran Ke-37 Di Perlis

KANGAR, 20 Dis (Bernama) -- Kumpulan HABIB mengorak langkah melengkapkan lagi kehadiran jenama barangan kemasnya di seluruh negara dengan pembukaan bilik pameran yang ke-37 di Perlis, kata Pengerusi Eksekutif Kumpulannya Datuk Seri Meer Habib.

MATRADE Lantik Abu Bakar Yusof Ketua Pegawai Eksekutif Baharu

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) melantik Abu Bakar Yusof sebagai ketua pegawai eksekutif baharunya berkuat kuasa hari ini.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Lebih Tinggi Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan menjejaki kenaikan harga emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) apabila pelabur membuat persediaan menjelang pengumuman data ekonomi AS yang penting.

Penilaian IMF Cerminkan Disiplin Fikal Malaysia, Komitmen Terhadap Pembaharuan - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Penilaian Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terhadap prestasi ekonomi Malaysia mencerminkan pengurusan fiskal negara yang berhemat, permintaan domestik kukuh dan komitmen terhadap pembaharuan struktur di bawah rangka kerja Ekonomi MADANI, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

SumiSaujana Perluas Perniagaan Ke Indonesia, Teroka Pembangunan Fasiliti Asid Sulfurik Gas Basah

Daripada Zufazlin Baharuddin

JAKARTA,19 Dis (Bernama) -- SumiSaujana Group Bhd (SumiSaujana) merancang untuk mengembangkan perniagaanya ke Indonesia selepas anak syarikat milik penuh SumiSaujana TCM Chemicals Sdn Bhd (SSTCM) memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk bersama-sama meneroka pembangunan kemudahan asid sulfurik gas basah (WSA) di unit penapisan PT Kilang Pertamina Internasional (KPI) di Indonesia.

Australia Sasar Peningkatan Pelaburan Dan Perdagangan Dengan Malaysia Tahun Hadapan

Oleh Christine Lim

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Australia menyasarkan peningkatan dalam pelaburan dan perdagangan dengan Malaysia pada tahun hadapan, kata Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Danielle Heinecke.

TNB: Grid Lebih Pintar, Kukuh Pacu Peralihan Tenaga Bersih Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Peralihan Malaysia kepada tenaga bersih hanya akan berjaya dengan grid kuasa lebih kukuh, pintar dan mampu menyokong tahap tenaga boleh baharu (RE) yang jauh lebih tinggi, kata Ketua Pegawai Strategi dan Usaha Niaga Tenaga Nasional Bhd (TNB) Ir Dr. Mohd Fadzil Mohd Siam.