Terdapat 259 berita berdasarkan kata kunci carian " bulanan"

Lembaga Getah Malaysia Aktifkan IPG Bagi April Untuk Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk pekebun kecil telah diaktifkan bagi Sabah dan Sarawak berdasarkan pengeluaran getah pada April 2025, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Ringgit Meningkat Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada Isnin berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu rendah, didorong oleh sentimen berhati-hati daripada Rizab Persekutuan AS mengenai kadar faedah dan perkembangan baharu perdagangan berkaitan China yang menyokong mata wang tempatan, kata penganalisis.

GLIC Laksana Dasar Gaji Kehidupan Untuk Semua Pekerja Tetap Warganegara Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) secara kolektif melaksanakan dasar gaji kehidupan, memastikan semua pekerja tetap warganegara Malaysia kini memperoleh pendapatan melebihi ambang gaji bulanan.

Inflasi Keseluruhan Turun Kepada 1.4 Peratus, Teras Stabil Pada Mac - BNM

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Inflasi keseluruhan Malaysia turun kepada 1.4 peratus pada Mac 2025 daripada 1.5 peratus dalam bulan sebelumnya manakala inflasi teras kekal stabil pada 1.9 peratus, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Sektor Pembuatan Pacu Ekonomi Kelantan, ECERDC Raih Pelaburan RM1.21 Bilion

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Transformasi Kelantan sebagai hab perindustrian semakin menyerlah dengan ketara berikutan kejayaan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) memperoleh pelaburan direalisasikan sebanyak RM1.21 bilion, didorong terutamanya oleh sektor pembuatan.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini untuk hari keenam berturut-turut berikutan harga minyak mentah yang lemah dan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat yang memberi tekanan kepada pasaran.

Rumah Tidak Terjual: Kerajaan Disaran Kenakan Syarat Ketat Pada Pemaju

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) – Kerajaan disaran menetapkan dasar lebih ketat terhadap pemaju untuk menyelesaikan jualan unit kediaman siap dibina sekurang-kurangnya lebih 15 peratus daripada jumlah dibina sebelum meluluskan pembinaan baharu.

Perdagangan Malaysia Pada Mac Meningkat 2.2 Peratus Kepada RM249.89 Bilion - MITI

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Perdagangan Malaysia meneruskan momentum positif dengan meningkat 2.2 peratus kepada RM249.89 bilion pada Mac 2025, menandakan pertumbuhan tahun ke tahun yang ke-15 bulan berturut-turut sejak Januari 2024, menurut Kementerian Perdagangan, Pelaburan dan Industri (MITI).

RHB IB Kekal Saranan 'Neutral' Terhadap Sektor Automotif, Komponen

KUALA LUMPUR 18 April (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) mengekalkan saranan ‘neutral’ terhadap sektor automotif dan komponennya.    

Pengambilalihan MASwings: Tiada Kesan Kewangan Terhadap MAG - Kapten Izham

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Pengambilalihan MASwings oleh kerajaan negeri Sarawak tidak akan memberi sebarang kesan kewangan terhadap penyata untung rugi (P&L) Malaysian Aviation Group (MAG).

Syarikat Telekomunikasi Diarah Selesaikan Masalah Capaian Internet Secara Bulanan - Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Syarikat telekomunikasi diarahkan supaya menyelesaikan masalah capaian internet mengikut negeri secara bulanan, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Naik 18.7 Peratus Pada Februari 2025 - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia naik 18.7 peratus kepada 30,005 tan metrik pada Februari 2025 berbanding 30,342 tan pada Januari 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).